Monday, January 21, 2013

tak seindah mimpi

Assalamualaikum..

   Semangat aku untuk tulis kali ini begitu berkobar-kobar memandangkan ini kali pertama aku begitu yakin dengan apa yang aku buat.Mungkin sebab faktor umur yang semakin meningkat atau mungkin kebenaran yang semakin menyerlah.
  Seperti mana yang korang tahu,aku pernah mengakui aku suka pada seseorang pada entry sebelum ini.dan dalam tidak dijangka rupanya persahabatan kami sudah mencecah enam tahun.

  Okey-okey kita balik pada topik utama.
Sepanjang tempoh enam tahun aku kenal die..aku rasa hanya aku yang memendam perasaan pada dia,..bermula sebagai kawan,,akhirnya kawan baik..skandal..musuh..dan akhirnya kawan balik,..
Malah sepanjang tempoh itu,aku tak pernah sekali pun terlepas wish birthday die tapi die xpenah ingat birthday aku kecuali aku gtaw.
Dan sepanjang tempoh itu juga, kami kerap kali gaduh dan boleh dikatakan setiap kali gaduh aku yang akan beralah dan beberapa kali sahaja dia yang akan berbuat demikian..
Aku selalu memendam rasa kalau die bercakap soal perempuan lain..sedangkan die tahu aku sygkan die..dan aku pula sentiasa berusaha jaga percakapan aku kerana tidak mahu die bosan dengan aku
Tujuan aku bagitaw semua tu bukan untuk memburukkan die..bukan..tapi nak tunjukkan sejauh mana syg aku pada die.itu saja..aku taw mesti ada diantara kawan-kawan yang alami masalah sama macam aku.

 Tapi..semua tu mungkin akan berubah selepas ini..
sebab aku mula rasa kewujudan aku dalam hidup die tak beri kesan apapon pada die..
dan aku yakin kalau aku tetibe hilang..die mungkin tak rasa apa-apa.
Perkara ini aku dah banyak kali aku pikir.
 namun sejak Sabtu lalu selepas bertemu dengan sahabatku..aku mula sedar dan kembali pada alam nyata.
sebelum ini aku hanya biarkan diri aku dibuai perasaan sebab aku rasa hepi biler die ada.
Aku taw aku silap..
sebab aku selalu nasihatkan kawan-kawan aku pasal perasaan macam ney..
tapi aku lupa..aku sendiri tak kuat nak hadapi benda2 ney..
mungkin kerana hanya die'masa lalu' aku yang masih ada.

Perkara-perkara ada pada dia dan aku suka.
  • Dia seorang yang sombong dan sukar untuk aku dekati atau fahami.jadinya aku rasa sangat mencabar.
  • Die suka puji diri die depan org yang die rapat dan mudah merajuk kalau kiter tak iyakan.(sangat comel macam budaq)
  • seorang yang cemburu.pentingkan keluarga sebab selalu utamakan keluarganya dan tak suka kalau org kata apa2 berkaitan family die.
  • Seorang yang sangat keras hati untuk dapatkan apa yang dia nak dan romentik.

Mesti ramai yang berkata..kenapalah aku ney dok tergila-gila pada mamat tu..
macam mana aku nak terangkan yer..mamat tu macam dah sebati dalam hidup aku.
Aku dengan die..kami sangat terbuka.sampaikan aku mampu bagitaw die sejauh mana aku syg die..aku cemburu..aku sedih..

Kadangkala aku heran juga kenapa mamat tu macam xda perasaan pape jer kalau aku kata aku xmo contact die..ble aku pikirkan betol2..aku sebenarnya dahj dapat jawapan tu..
die rasa aku sentiasa ada dengan die..dan tak mungkin tinggalkan die.hmm..

Enam tahun aku kenal die..enam tahun juga aku syg die..bermula dari rasa syang sebagai kawan..musuh,kawan baik,skandal dan kawan..
apapon..sebagai wanita aku perlu bergerak ke hadapan..melangkah demi masa depan aku
bukan aku kata aku tak bahagia mencintai dan menyayangi die..
tapi aku sedar sejauh mana..setinggi mana..sedalam mana rasa itu..
die tetap bukan untuk aku.
andai kata satu hari nanti dia sedar akan kehadiran aku
aku harap dia akan berkata sambil tersenyum
"itulah wanita yang pernah menyayangi aku"







Monday, January 14, 2013

Kashaf Imani



Spe penah tengok citer Kashaf Imani?
Nampak jer nama Kashaf Imani sudah cukup membuatkan aku teruja.
Keterujaan aku pada cerita ney agak melampaui batas.
Aku sangat suka pada storyline die, ske pada watak hero dan heroin..memang terbaik.


Untuk yang belum penah tengok..ney aku bagi sket sinopsis..
 Kashaf Imani ney mengisahkan engisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

okey itu sahaja.
kalau nak taw..drama ney aku dah tengok lebih 10 kali dan part yang paling aku suka adalah ble kashaf dapat taw imani tu secret admire die..then kacau imani. ;)sweetnyaaaaa!





Friday, January 4, 2013

kasi imbau 2012 skettt!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini genap empat hari kita semua melangkah ke tahun baru.Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniannya kerana masih memberi aku, ahli keluargaku, saudara maraku dan rakan-rakan serta meaw2ku untuk bernafas sehingga hari ini.

Melangkah ke tahun baru bukan beerti memori pada tahun lalu perlu dilupakan.Tidak kira pahit ataupun manis ianya adalah sebahagian dari sejarah hidup yang perlu dikusimpan.Yang pastinya setiap dari memori berkenaan kusimpan sekumit kekuatan untuk berdiri pada hari ini.

So jom kiter zoom sket apakah memori tahun lalu yang masih lagi aku simpan. =)

1) Dapat info pasal Anep Sharul
  Anep Sharul adalah sahabat maya yang aku kenal sejak 2008 lagi.Perkenalan kami bermula dari laman chatting dan kemudiannya menjadi rapat.kami bukan kaple.tapi kami sangat rapat.pendek kata dia adalah kawan baik aku.boleh kata hampir setiap hari aku akan sms die..begitu juga die..dan die tersangatlah suka kol aku.mase kenal dulu die kata die kawan kepada senior kolej tempat aku belajar dan bekerja di TV9.ntah ye ntah tidak.die penah kirimkan gambar.tapi aku macam muskil sket nak percaya.apepon kawan dengan die best.dan kami pernahlah bergaduh besar gara-gara die emo.malah penah putus kawan setahun.pastu kawan balik.Apa yang membuatkan aku masih berkawan dengan die adalah kerana die kata die sentiasa perhatikan apa aku buat.nampak macam menakutkan.yer memang menakutkan.dan die penah buktikan apa yang die cakap tu betol.masa semakin berlalu.awal 2012..aku dapat info dari adik aku..mengenai nombor yang die guna..dan perkara itu sangat mengejutkan aku.sebab aku yakin aku memang tak kenal die dan beberapa info yang die penah gtaw aku pon salah.jadinya aku tros forward kat die..dan sampai skang die tak muncul2 da. ;)

2)Farid kawen dan dapat anak
Untuk pengetahuan korang semua,farid ney adalah ex aku.ex aku yang terakhir sekali.punca kami putus boleh dikatakan die curang pada aku dan sendiri2 cakap kami dah putus pada kawan2 die.sungguh memang aku kecewa.sebab aku terima die atas dasar simpati sebab die dok mengayat..dok bertepek tepi aku sampai kawan aku nasihat macam2.tak elok buat org camtu..terima org yang sayang kiter...haaaa...last2 aku kene balik.so aku dah janji ngan diri aku yang aku takkan syg org lain pasal kesian..xmau aku.kenapa aku frust gler ngan die?sebabnya die bagi segala kebaikan die pada aku..die tunjukkan pada aku betapa caringnya die..betapa baiknya die..dan betapa tanggungjawabnya die..sampai aku demam nak kol mak aku bagai.dan kerana yakin aku bawak die balik jumpa family..kuasa tuhan.jdoh aku bukan dengan die.mulanya memang berbaldi2 la airmata aku..lama2 aku okey..sampailah pada hari die kawen aku boleh tatap gambar kawen dei lama2 sebab die tak private.aku tak nanges setitik pon.sampai bini die beranak ritu.aku tak nanges pon.cuma aku ada pelik sikit kenapa die kol aku mase die dah bertunang ritu.pe motip ko.ooh..sebelum lupa..die ney ske simpan koleksi ex gf die kat fb.sume jadi kawan2 die.sorrylah untuk aku beb.aku bukan jenis camtu.kiter putus bukan cara baik yer bro.


3)Dapat jumpa Atieyah mase raya
Perasan tak email aku Atiesyah..haha..nama tu aku amik sempena memperingati kawan baik aku mase darjah 3.Atieyah.Orangnya sangat manis,sangat baik.aku kenal die setahun jer mase kami darjah 3..pastu die pindah.walaupun kejap.tapi macam2 memori aku penah reka dengan die..boleh kata setiap petang aku akan abeskan masa aku di rumah atiyah main basikal,borak2 dan main menan kat padang tu dengana adik2 die..dulu adik beradik die tiga jer..skang dah 5..die pon dah tak ingat pasal aku sangat.tapi aku ingat segalanya pasal memori kami.aku rindu sangat die.lepas die pindah subang..kami ada jumpa sekali.mase tu kat rumah makcik sedara aku.makcik aku kawen..then aku ajak die ngan family die datang.RINDU!.dan seterusnya pada raya ritu.aku sangat hargai usaha die datang melaka.sangat2.dan kalau die nak tahu..aku adalah org paling happy masa die datang ritu.walaupun die segan sebab ramai tak kenal.kami tak borak panjang.sebab mase tu kami g beraya..dan atiyah hanya dapat ikut g rumah membe aku yang sorang tu jer..pastu die balik kl.harap len masa dapat jumpa die lagi!

4)duet tersekat dalam atm
Ohh!ini sungguh mendebarkan dan membuatkan hidup aku tak tenang.bayangkan duet korang lebih kurang rm3 ribu lebih tersekat dekat mesim atm..yang cash deposit tu..pergghh..aku dah rasa...dan sejak tu aku rasa sangat berhati2 ble di atm.apa taknya kejadian berlaku jam 8 malam.org bank dah balik kowt.,mujur ada beberapa kawan bagi sokongan kat aku yang dah bengkak2 mata nanges.dan pada haritu jugak..aku dapat bercakap dengan BINI RENJI!huhuh!gler seyhh!selama ney aku kawan baik ngan suami die yang memerangkap kawan baik aku tu..dan haritu aku cakap ngan bini die buat pertama kalinya.aku dah akwan ngan renji lebih kurang 5 tahun.then baru aritu aku beramah mesra ngan bini die.bini die okey.suara cute gler dan baik.

5)Herie kol guna hp gf die dan dapat khabar die nak kawen da.
Ini memang memori adegan airmata.aku pon tak taw kenapa aku syg sangat dengan mamat ney.mungkin sebab aku penah suka die.kami tak penah kaple.jauh sekali nak kaple.mungkin sebab kami rapat dan die ada kriteria aku ske.atau ntah la..kami dah kawan lama sejak aku duduk dekat wangsamaju ss 10.mase tu dalam tahun 2010 kowt..mamat ney sememangnya tahu aku syg die.so die selalu guna sebab mengada2 sebab die taw aku syg die.kami memang selalu bergaduh tak penah baik.tapi itu lah hakikatnya macam mana kami teruskan berkawan sehingga kini.pelik sikit.tak okey.cuma aku tak sangka bulan 5 aritu die ke melaka dan kol aku guna num gf die nak cari tempat masa siap cakap "syg nak makan ape" parghhh!hati aku pecah.tangan aku menggeletar masa tu tros aku cakap aku tak taw tempat ape die nak.die kol aku tak jawab.padahal lokasi die berada dengan tempat aku berada waktu tu dah dekat sangat.naik opiss..amik ko..berjurai air mata.haha..pastu kami tak kontek 3 bulan.die kontek je aku..aku yang tak layan.dan mase tu la aku dapat taw dari membe die nak kawen.haaaaaaamekk ko..sekali lagi tsunami berlaku.aku menanges lagi.kali ney depan kawan2 perempuan.tu cover2..masuk kete..bengkak mata aku.

6)Mai bertunang dan tak jemput
Ini kes aku pon tak taw nak cakap camne.memang tersangat la seday.kawan baik sejak kecil tunang tak ajak pon.tak ajak aku boleh time..tak sms pon kata " hye korang..aku nak tunang ney..tak pon..aku dah tunang tadi.." xda....seday kan.aku nanges bengkak gak mata.kawan aku yaya pon nanges gak.seday sebab kawan yang kami kongsi suka duka selama ney..taknak kongsikan pon hari bahagia die.kami tak kesah tak jumpa kat majlis itu.atleast esok pagi ke.petang tu ke..malam tu ke..ajak la lepak taman macam biasa..borak.nak gak snap2 gambar kawan dah tunang.hmm..memang merajuk gler..tapi tadi die ada sms ajak teman tengok butik andaman.mulanya pikir taknak.tapi die kawan aku.kawan baik aku.betul kata pepatah.kawan baik..kalau kiter mara mana pon tak mungkin akan lama rajuknya.aku syg die sangat.so takkan aku nak tengok die camtu.erm..die bahagia..aku bahagia juga.

7)Berat gua turun 11 kg.
Yang ini memang amat mengujakan hari2 aku..bayangkan berat aku boleh turun ke berat mase last2 sem blaja dulu..haha..hebat.dan aku mampu pakai baju dan seluar aku yang dah lama aku tolak tepi sebab tak muat.ai ai ai..hepi..;) tq pada kazen..safrina..sebab membantu aku sangat2.tapi aku target nak turun lebih..insya allah boleh.