Sunday, May 26, 2013

buntu

beberapa hari ney..jiwa aku kosong.kosong sekosong-kosongnya.
aku seperti tidak mampu berfikir dengan baik bila orang persoalkan tentang perasaan kepada diri aku.
aku tak tau kenapa aku rasa macam ney..
mungkinkah kerana aku penat memikirkan benda ney..?
atau mungkin aku terlalu kecewa?
atau mungkin juga kerana aku trauma?
ntah.


lebih kurang 3 minggu lalu.
kenalan aku mase sek men muncul balik.
aku yang mulakan dulu.aku pegi 'tertegur' die dekat fb.
dan sejak tu die mula berhubung dengan aku.
niat aku malam tu.saja jer nak tanya kaba..xsangka melarat sampai ke ari ney.

seperti yang aku sudah jangkakan.
die akan buka balik kisah kami yang kubiarkan separuh jalan dulu.
kisah kami yang aku sendiri taw pernah pikir akan kesudahannya.
mamat ney dua tahun muda dari aku..org utara.
xpenah jumpa..hanya kenal dari laman media.
orgnya okeyla.baik.tapi xtaw kenapa aku xleh nak rasa ape2..
dulu pon..aku hanya mampu bertahan bape blan ntah..pastu aku surrender..sumpah..meniaya org..atau menipu perasaan org bukan kerja aku..walaupun aku ramai kawan lelaki.aku xpenah amik kesempatan pada diri d'orunk..aku bukan jenis macam tu.aku jenis ske berkawan.pada aku berkawan dengan lain jantina ney best..kiter boleh kongsi macam2 pendapat.senang pon senang.bukan aku nak kata perempuan susah.aku ramai je kawan perempuan.cuma keselesaan tu lebih okey.

erm..berbalik pada kisah mamat ney..
erm..keadaan aku sekarang boleh dikatakan seperti kusut.
kusut memikirkan apa yang bakal berlaku kali ney..

selepas beberapa hari berhubung semula dengan aku..
mamat ney mula kata die rindukan aku.erk.
then die kata die ada buat solat istiharah dan nampak bayangan aku..
katanya sebelum ney xnampak ape2..
dan sejak itu jugalah die mula amik serius segala benda.
sedangkan aku yang berada dalam keadaan tak bersedia ney.terkedu.tak tahu nak buat ape.
aku hanya tahu reply sms die.yer la org dah tanya.aku reply la.org kol.aku jawab.seingat aku aku xpenah kol die sejak kami berhubung.
miskol penah la.

mamat ney kata..xsalah kami mencuba.katanya ada jodoh,kami akan bersama.cara die macam yakin.ble aku tanya serius ke x.die kiter cuba jer la..aku dah rasa lega.katanya lagi kiter jangan berharap sangat.tapi aku tengokkan cara die macam mengharap je.aku xtext die bising.xkan xsms satu dua hari pon xboleh.hurm..

kalau korang baca cara aku cerita macam aku memilih.bukan.bukan sebenarnya.situasi aku sekarang lebih kepada rasa serba salah.rasa blur.aku xdapat rasa sayang atau rindu yang die katakan.walau sedikit.xada.bukan aku xcuba.aku dah cuba.tak ada.erm..

aku dah cuba untuk berterus terang pada die.
tapi seakan buat tak tahu je.
aku xnak disalah ertikan..aku xda niat nak kecewakan die.cuma...
aku belum dapat rasa ape2..mungkin benar..
kekosongan yang aku rasa pada hari ini disebabkan kekecewaan aku pada masa lalu..sehinggakan aku takut untuk membuka pintu hati aku..
kerana setiap kali pintu hatiku terbuka..pastinya aku akan kecewa..
aku buntu..
buntu..

 

 

Wednesday, May 15, 2013

happy

"malam bertandang,
hati berbisik mengenang,
cerita derita derita yang daku pendam..."

 Antara bait-bait lagu yang sering kuputarkan akhir-akhir ini..
Tak mudah untuk aku luahkan.tak mudah juga untuk aku pendam.

 Hari ney..
Tanggal 15 Mei 2013
Alhamdulillah..
Akhirnya aku berpeluang juga melihat kesemua rakan rumahku 
Kak Noni, Cely, Lily dan dan Mumy merentasi kebahagian dalam hidup mereka.
Mereka adalah sahabat sebantalku yang sangat-sangat aku sayang.
takkan ada siapa mampu pisahkan kami termasuk si keding.
takkan ada.takkan.
 =') 
tetibe rasa sebak
enuff ain.
jangan menanges.
segalanya akan berakhir.
mungkin bukan sekarang.
tapi satu hari nanti.
harungilah segalanya dengan tabah.
Ok.Gud girl.


Saturday, May 11, 2013

suratan

Hariney hampir 2 bulan aku meninggalkann..
cepat sungguh masa berlalu..
terasa seperti semalam ianya baru berlaku..
apepon dalam tempoh itu adalah dalam 5 kali sms darinya yang tidakku jawab..
goyah juga hati ney..
nak jawab ke x..nak jawab ke x..
tapi biler pikirkan tekadku..aku perlu juga melakukannya..
yer la kalau bukan hari ney..mungkin esok lusa.. ;)

Sepanjang tempoh itu..
banyak juga yang aku pelajari..
erm..ntah ape khabarnya sekarang..jika diikutkan apa yang dijanjikan..
pada Mei ini..
kami akan bertemu..setelah sekian lamanya tak jumpa..
sungguhnya aku begitu xcited menunggu detik itu.
tapi apakan daya..
kudratku sebagai hambanya tidak mampu menghalang apa yang sudah ditulis..
mungkin segala yang berlaku adalah yang terbaik untukku..


Sunday, March 17, 2013

berakhirnya sebuah persabahatan

Semalam ada majlis makan malam media..aku hepi sangat dekat sana..aku pon pelik kenapa aku begitu ceria dari pagi sampai petang..macam semangat sangat nak bersiap ke majlis berkenaan.
Bayangkan aku begitu gigih gosok baju..tudung..biasenya aku gosok ala kadar sahaja..dan paling xboleh blah..aku begitu mahu make up dengan baik sekali supaya penampilan aku pada malam itu tiada cacat celanya..walau hanya dengan memakai baju kurung yang dipinjam dari emakku.

Setibanya di sana..aku tidak putus2 senyum dengan kawan2..aku hepi sangat dengan suasana ceria itu..mungkin kerana kami dah lama tak bertemu dimajlis sebegini..kulihat semua rakanku cantek belaka..ngee..kami bergambar sakan pada majlis berkenaan..hepinya....

Dua jam berlalu..secara tiba-tiba aku menerima satu sms..dari org yang aku syg..
katanya "aku rasa aku nak kawen dalam tahun ney la"

barulah aku taw kenapa aku begitu gembira pada hari ney..
barulah aku taw apa yang Allah nak aku persiapkan sekarang..
dia bagi aku kegembiraan bersama teman,..supaya aku tidak sedih dengan khabar itu..

Aku tahu bukan aku yang bakal jadi pilihan hatinya.
aku juga tahu aku takkan mampu bertahta di hatinya..
kerana itu enam tahun aku memilih untuk menjadi sebahagian penyokong kuat dalam hidupnya..
biarlah bukan aku peranan utama..tapi sudah cukup sekiranya aku mampu gapai watak sampingan di sisinya.
kerana aku mahu..ketika dia sedih..aku akan menemaninya dengan memberi kata sokongan..kata dorongan.
ketika dia gembira aku akan tersenyum gembira untuknya.
ketika dia jatuh aku akan bersamanya.

Aku pernah baca dalam blog..
kalau seseorang itu mengungkap berani mengungkap kata ingin berumahtangga terutama lelaki..
bermakna dia bersedia
dan kata-kata itu akan diluahkan bila dia pasti akan calon suri hidupnya.

apa yang harus aku lakukan..
redha?menunggu atau terus merayu..

semalaman aku menanges..aku memikirkan keputusan yang aku buat..
ini bukannya yang pertama airmata mengalir kerananya..

Hariney..celik sahaja mataku..
aku berjanji..aku tidak akan berpatah semula ke belakang..
tiada apa yang mampu harapkan kini..
percayalah setiap aku terlihat kerdipan bintang di langit..
setiap kali jugalah doakan akan mengiringimu..
semoga kebahagian bersama suri hatimu.


Wednesday, March 13, 2013

kemaafan akhirnya terukir

S.Y.U.K.U.R

ariney hari kedua
semalam adalah ari yang pertama.
ari pertama untuk aku merasa lebih tenang dan ceria.

Selepas empat tahun berlalu, 
akhirnya Allah bukakan pintu hati aku 
untuk maafkan seseorang.

bukan mudah untuk aku memaafkan die.
ianya memerlukan kekuatan dari segenap diri aku 
untuk  melakukan perkara itu.

Aku tahu sebagai wanita biasa
aku tidak mampu lari dari merasa kecewa
kecewa kerana ditinggalkan
kecewa kerana dikhianati
dan kecewa kerana disakiti

Bukan aku tak cuba untuk memaafkan
tapi setiap kali aku teringat untuk melupakan
pasti jiwa aku akan mula mengukir hiasan benci
hiasan benc dari segala sudut

dan kerana itu juga 
aku mula merasai paranoid terhadap kaumnya
bagiku
ketakutanku kebencianku dan amarahku padanya
sering tergambar di hadapan setiap mereka 
dan kerana itulah
aku memilih jalan selamat untuk bersahabat sahaja 
yang mana tidak perlu bersangkutan antara hati

Aku tahu niatku itu kadangkalanya sering disalah erti
ada yang menyatakan aku pendendam
ada yang mempercayai aku jenis memilih
aku tak pernah ambil kisah
kerana aku tahu 
mereka tidak pernah tahu cerita hidupku





 



 

Wednesday, March 6, 2013

D.E..N.D.A.M






Ya.aku memang berdendam.
aku berdendam pada mereka yang merampas kegembiraan dalam hidup aku
dendam aku bukan jenis mahu membalas
jangan risau aku tidak pernah terfikir untuk membunuh 
atau menghancurkan kebahagiaan die 
seperti mana die penah buat pada kehidupan aku
tapi cukuplah hanya dengan menanam perasaan benci pada dia
kerana menghancurkan segala sudut kegembiraan aku
 namun
 akhir-akhir ini hati aku selalu terdetik tentang kemaafan.
kalau bukan mulut kecil aku yang berbicara..hati aku pasti berkata.
aku akui pada usia yang mendatang ini
aku perlu matang dalam kehidupan
aku perlu belajar untuk memaafkan 
dan menerima segala takdir yang ditentukan..
nescaya ada terselit hikmah disebaliknya.
tapi
untuk memaafkan insan itu sangat perit untuk aku.
apatah lagi ble terbayangkan 
segala apa yang dia buat pada kehidupan aku
lukisan hitam putih yang penuh derita tanpa noktahnya.
 Untuk mengatasi kebingungan aku ini
aku ambil keputusan untuk bertanya dengan rakan-rakan rapatku
malah aku sering berbincang dengan mereka akan masalah ini.
menceritakan kepada mereka akan apa yang berlaku
dan apa juga yang harus aku buat
kata mereka
" kita akan bahagia jika kita sentiasa memaafkan org lain..tidak kira apa kesalahannya."
hari ini
aku masih lagi memikirkannya
semoga dendamku bertahun yang lalu akan padam seperti debu ditiup angin bayu.. 
aku tahu aku juga berhak gembira
aku juga perlu hidup bahagia seperti dia
aku juga mahu jadi hamba yang taat kepada tuhannya
dalam agamaku,Islam kami dididik 
untuk sentiasa memaafi kejahatan org lain
tidak membalas apa yang dilakukan
dan redha dengan qada dan qadar ditentukan
doakan aku
doakan aku
semoga segala mimpi burukku 
yang kutanggung selama ini 
terus berlalu pergi.
amin.





Friday, February 22, 2013

pentingnya 1 Mac 2013 dalam hidup aku


Minggu depan 1 Mac 2013.
Tarikh yang sangat aku nantikan.
Kenapa?
Sebab pada hari tu Mumy, Kak Noni,Lily, Azrol,Amal,Mike dan aku akan dipertemukan.
Siapa mereka dalam hidup aku?
Mereka adalah insan-insan penting dalam aku.
dah lama kami tak berjumpa.
mike,amal aku jumpa last d'orunk awal 2010.
mumy,kak noni dan azrol ..mase kak noni kawen..
rindu sangat.

semoga impian itu akan jadi kenyataan.
sebabnya pada 1Mac tu..
kami plan nak tengok teater.
"lelaki dari gua"
amar asyraf berlakon.

Semoga Allah mempermudahkan pertemuan kami.
sebabnya..
tarikh PRU dah nak hampir.
kalau parlimen bubar.
xdapat la aku turut serta.