S.Y.U.K.U.R
ariney hari kedua
semalam adalah ari yang pertama.
ari pertama untuk aku merasa lebih tenang dan ceria.
Selepas empat tahun berlalu,
akhirnya Allah bukakan pintu hati aku
untuk maafkan seseorang.
bukan mudah untuk aku memaafkan die.
ianya memerlukan kekuatan dari segenap diri aku
untuk melakukan perkara itu.
Aku tahu sebagai wanita biasa
aku tidak mampu lari dari merasa kecewa
kecewa kerana ditinggalkan
kecewa kerana dikhianati
dan kecewa kerana disakiti
Bukan aku tak cuba untuk memaafkan
tapi setiap kali aku teringat untuk melupakan
pasti jiwa aku akan mula mengukir hiasan benci
hiasan benc dari segala sudut
dan kerana itu juga
aku mula merasai paranoid terhadap kaumnya
bagiku
ketakutanku kebencianku dan amarahku padanya
sering tergambar di hadapan setiap mereka
dan kerana itulah
aku memilih jalan selamat untuk bersahabat sahaja
yang mana tidak perlu bersangkutan antara hati
Aku tahu niatku itu kadangkalanya sering disalah erti
ada yang menyatakan aku pendendam
ada yang mempercayai aku jenis memilih
aku tak pernah ambil kisah
kerana aku tahu
mereka tidak pernah tahu cerita hidupku
No comments:
Post a Comment