Wednesday, March 6, 2013

D.E..N.D.A.M






Ya.aku memang berdendam.
aku berdendam pada mereka yang merampas kegembiraan dalam hidup aku
dendam aku bukan jenis mahu membalas
jangan risau aku tidak pernah terfikir untuk membunuh 
atau menghancurkan kebahagiaan die 
seperti mana die penah buat pada kehidupan aku
tapi cukuplah hanya dengan menanam perasaan benci pada dia
kerana menghancurkan segala sudut kegembiraan aku
 namun
 akhir-akhir ini hati aku selalu terdetik tentang kemaafan.
kalau bukan mulut kecil aku yang berbicara..hati aku pasti berkata.
aku akui pada usia yang mendatang ini
aku perlu matang dalam kehidupan
aku perlu belajar untuk memaafkan 
dan menerima segala takdir yang ditentukan..
nescaya ada terselit hikmah disebaliknya.
tapi
untuk memaafkan insan itu sangat perit untuk aku.
apatah lagi ble terbayangkan 
segala apa yang dia buat pada kehidupan aku
lukisan hitam putih yang penuh derita tanpa noktahnya.
 Untuk mengatasi kebingungan aku ini
aku ambil keputusan untuk bertanya dengan rakan-rakan rapatku
malah aku sering berbincang dengan mereka akan masalah ini.
menceritakan kepada mereka akan apa yang berlaku
dan apa juga yang harus aku buat
kata mereka
" kita akan bahagia jika kita sentiasa memaafkan org lain..tidak kira apa kesalahannya."
hari ini
aku masih lagi memikirkannya
semoga dendamku bertahun yang lalu akan padam seperti debu ditiup angin bayu.. 
aku tahu aku juga berhak gembira
aku juga perlu hidup bahagia seperti dia
aku juga mahu jadi hamba yang taat kepada tuhannya
dalam agamaku,Islam kami dididik 
untuk sentiasa memaafi kejahatan org lain
tidak membalas apa yang dilakukan
dan redha dengan qada dan qadar ditentukan
doakan aku
doakan aku
semoga segala mimpi burukku 
yang kutanggung selama ini 
terus berlalu pergi.
amin.





No comments:

Post a Comment