Sunday, March 17, 2013

berakhirnya sebuah persabahatan

Semalam ada majlis makan malam media..aku hepi sangat dekat sana..aku pon pelik kenapa aku begitu ceria dari pagi sampai petang..macam semangat sangat nak bersiap ke majlis berkenaan.
Bayangkan aku begitu gigih gosok baju..tudung..biasenya aku gosok ala kadar sahaja..dan paling xboleh blah..aku begitu mahu make up dengan baik sekali supaya penampilan aku pada malam itu tiada cacat celanya..walau hanya dengan memakai baju kurung yang dipinjam dari emakku.

Setibanya di sana..aku tidak putus2 senyum dengan kawan2..aku hepi sangat dengan suasana ceria itu..mungkin kerana kami dah lama tak bertemu dimajlis sebegini..kulihat semua rakanku cantek belaka..ngee..kami bergambar sakan pada majlis berkenaan..hepinya....

Dua jam berlalu..secara tiba-tiba aku menerima satu sms..dari org yang aku syg..
katanya "aku rasa aku nak kawen dalam tahun ney la"

barulah aku taw kenapa aku begitu gembira pada hari ney..
barulah aku taw apa yang Allah nak aku persiapkan sekarang..
dia bagi aku kegembiraan bersama teman,..supaya aku tidak sedih dengan khabar itu..

Aku tahu bukan aku yang bakal jadi pilihan hatinya.
aku juga tahu aku takkan mampu bertahta di hatinya..
kerana itu enam tahun aku memilih untuk menjadi sebahagian penyokong kuat dalam hidupnya..
biarlah bukan aku peranan utama..tapi sudah cukup sekiranya aku mampu gapai watak sampingan di sisinya.
kerana aku mahu..ketika dia sedih..aku akan menemaninya dengan memberi kata sokongan..kata dorongan.
ketika dia gembira aku akan tersenyum gembira untuknya.
ketika dia jatuh aku akan bersamanya.

Aku pernah baca dalam blog..
kalau seseorang itu mengungkap berani mengungkap kata ingin berumahtangga terutama lelaki..
bermakna dia bersedia
dan kata-kata itu akan diluahkan bila dia pasti akan calon suri hidupnya.

apa yang harus aku lakukan..
redha?menunggu atau terus merayu..

semalaman aku menanges..aku memikirkan keputusan yang aku buat..
ini bukannya yang pertama airmata mengalir kerananya..

Hariney..celik sahaja mataku..
aku berjanji..aku tidak akan berpatah semula ke belakang..
tiada apa yang mampu harapkan kini..
percayalah setiap aku terlihat kerdipan bintang di langit..
setiap kali jugalah doakan akan mengiringimu..
semoga kebahagian bersama suri hatimu.


1 comment:

  1. emmm...sedihnya baca alkisah kamoooo..sob..sob..sob..!!!

    ReplyDelete