Monday, January 21, 2013

tak seindah mimpi

Assalamualaikum..

   Semangat aku untuk tulis kali ini begitu berkobar-kobar memandangkan ini kali pertama aku begitu yakin dengan apa yang aku buat.Mungkin sebab faktor umur yang semakin meningkat atau mungkin kebenaran yang semakin menyerlah.
  Seperti mana yang korang tahu,aku pernah mengakui aku suka pada seseorang pada entry sebelum ini.dan dalam tidak dijangka rupanya persahabatan kami sudah mencecah enam tahun.

  Okey-okey kita balik pada topik utama.
Sepanjang tempoh enam tahun aku kenal die..aku rasa hanya aku yang memendam perasaan pada dia,..bermula sebagai kawan,,akhirnya kawan baik..skandal..musuh..dan akhirnya kawan balik,..
Malah sepanjang tempoh itu,aku tak pernah sekali pun terlepas wish birthday die tapi die xpenah ingat birthday aku kecuali aku gtaw.
Dan sepanjang tempoh itu juga, kami kerap kali gaduh dan boleh dikatakan setiap kali gaduh aku yang akan beralah dan beberapa kali sahaja dia yang akan berbuat demikian..
Aku selalu memendam rasa kalau die bercakap soal perempuan lain..sedangkan die tahu aku sygkan die..dan aku pula sentiasa berusaha jaga percakapan aku kerana tidak mahu die bosan dengan aku
Tujuan aku bagitaw semua tu bukan untuk memburukkan die..bukan..tapi nak tunjukkan sejauh mana syg aku pada die.itu saja..aku taw mesti ada diantara kawan-kawan yang alami masalah sama macam aku.

 Tapi..semua tu mungkin akan berubah selepas ini..
sebab aku mula rasa kewujudan aku dalam hidup die tak beri kesan apapon pada die..
dan aku yakin kalau aku tetibe hilang..die mungkin tak rasa apa-apa.
Perkara ini aku dah banyak kali aku pikir.
 namun sejak Sabtu lalu selepas bertemu dengan sahabatku..aku mula sedar dan kembali pada alam nyata.
sebelum ini aku hanya biarkan diri aku dibuai perasaan sebab aku rasa hepi biler die ada.
Aku taw aku silap..
sebab aku selalu nasihatkan kawan-kawan aku pasal perasaan macam ney..
tapi aku lupa..aku sendiri tak kuat nak hadapi benda2 ney..
mungkin kerana hanya die'masa lalu' aku yang masih ada.

Perkara-perkara ada pada dia dan aku suka.
  • Dia seorang yang sombong dan sukar untuk aku dekati atau fahami.jadinya aku rasa sangat mencabar.
  • Die suka puji diri die depan org yang die rapat dan mudah merajuk kalau kiter tak iyakan.(sangat comel macam budaq)
  • seorang yang cemburu.pentingkan keluarga sebab selalu utamakan keluarganya dan tak suka kalau org kata apa2 berkaitan family die.
  • Seorang yang sangat keras hati untuk dapatkan apa yang dia nak dan romentik.

Mesti ramai yang berkata..kenapalah aku ney dok tergila-gila pada mamat tu..
macam mana aku nak terangkan yer..mamat tu macam dah sebati dalam hidup aku.
Aku dengan die..kami sangat terbuka.sampaikan aku mampu bagitaw die sejauh mana aku syg die..aku cemburu..aku sedih..

Kadangkala aku heran juga kenapa mamat tu macam xda perasaan pape jer kalau aku kata aku xmo contact die..ble aku pikirkan betol2..aku sebenarnya dahj dapat jawapan tu..
die rasa aku sentiasa ada dengan die..dan tak mungkin tinggalkan die.hmm..

Enam tahun aku kenal die..enam tahun juga aku syg die..bermula dari rasa syang sebagai kawan..musuh,kawan baik,skandal dan kawan..
apapon..sebagai wanita aku perlu bergerak ke hadapan..melangkah demi masa depan aku
bukan aku kata aku tak bahagia mencintai dan menyayangi die..
tapi aku sedar sejauh mana..setinggi mana..sedalam mana rasa itu..
die tetap bukan untuk aku.
andai kata satu hari nanti dia sedar akan kehadiran aku
aku harap dia akan berkata sambil tersenyum
"itulah wanita yang pernah menyayangi aku"







1 comment:

  1. betul 2...aq sokong, aq salute qw sbb qw berani luah isi hati mu......
    aq plak sampai skrg masi b'tepuk sebelah tgn. mcm org bodoh pun ada apa taknya masa aq nak ckp aq suka dya tiba-tiba aq dapat tw dya ada couple....masa tu hati aku macam nak pecah jew....sakit hati sgt2....so smpai skrag aq tak mampu nak tgk muka llk yg aq suka .....by the ways like your story.....

    ReplyDelete