Wednesday, December 26, 2012

BBQ SKJDP2000


Bismillahirrahmanirrahim!

                  Tanggal 25 Disember 2012.hari krismas.cuti umum. BBQ SKJDP 2000!

Alhamdulillah..semalam sekali lagi kami berjaya mengaturkan satu pertemuaan dengan rakan-rakan sekolah rendah.Selepas beberapa bulan menyepi, akhirnya Group FB SKJDP2000 meriah kembali.

Untuk pengetahuan korang, pertemuan itu dirancang kembali selepas salah seorang sahabat kami, Faiz yang selama ney berada di luar negara minta ianya diadakan semula.Pada mulanya jujur, hati memang berat..apa taknya..sudah hampir tiga tahun kami aturkan pertemuan, hanya berapa kerat aje yang betol2 konsisten...dan beberapa kerat itu jugalah yang gigih membarisi jadual pertemuan SKJDP2000.

Namun seperti yang dijangka,kami dengan hati terbuka mengaturkan semula pertemuan berkenaan dan bermulalah jadual aturan untuk program BBQ SKJDP2000.weeeeee!

Program mula dirancang, jumlah kehadiran mula dikira, lokasi dan masa mula diatur, menu bbq mula difikirkan.Alhamdulillah pada tahun ney, kawan kami..Tariq berbesar hati nak taja menu utama BBQ kami (segala yang perlu dibakar). oooyyeeaah!(^_^)!!



 
Program: BBQ SKJDP2000
Tarikh:25 Disember 2012
Masa:3 hingga 6ptg
Menu:Ayam bakar,Kambing bakar,hotdot,nasi goreng kampung.nasi goreng cina,coslow,puding roti, air,waffle,kopok-kopok..buah dan sebagainya.
Jumlah kehadiran: memberansangkan! 
(Aku, lina,tariq,yaya,anis,ad,fuad,acap,syed,naim,muiz,kawan muiz,amy,faiz,ijad,ciput dan acap)

 Disini aku sertakan beberapa keping gambar waktu BBQ SKJDP2000 untuk korang ;)




Rata-rata yang datang program tu sangat berpuas hati..apapon terima kasih kepada ibu dan papa lina sebab sudi bagi kami pinjam rumah untuk buat bbq..Terima kasih kepada tariq sebab sponsor makanan utama kami.terima kasih kepada yang datang terutama mereka yang baru..antaranya naim dan juga faiz dan syed.terima kasih banyak2..Sepanjang program tu berlangsung,kami puas sangat dapat makan,berborak,bergurau dan bermain kad gaya tariq "org kampung.perompak.tok selampit".. ntah kenapa..aku tak kene bunuh dalam program tu..haha..berdebar jugak sebab nak kene teka..selalu nama aku tengah2 kompom dah out.
 Alhamdulillah,semoga program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.amin.


No comments:

Post a Comment