Tuesday, July 27, 2010

oh nazmi!

hye korunk..siapa yer nazmi tu??
uish..aku gler xsabar da nak citer neyh..korunk tengok perangai aku ney..sebelum ney kalau soh update blog punyer la malas tahap kura-kura sakit kaki..bukan xda yang tego..ramai da..naik berderet dah entry aku xketuk..uish..xpe2..pape pon
nazmi syg punyer entry aku kene kasi up dulu..haha;D

siapakah nazmi
hahahaha....jeng...jeng...ney yang aku nak gtaw neyh..
(^_^) dialah jejaki pujaan hatiku kini..cewaaahhh..ayat munge-munge taw..
dialah juga jejaki yang berjaya membuatkan hatiku tak keruan..(ayat karangan SPM pon xzass macam ney taw)
dielah juga jejaki idaman yang ada di dalam hati ney skarang;)winkk..wink..

dalah baik..caring...wahhh!!@_@romantik..bertanggungjawab...sopan santun..uish..banyak da kateria diri die yang aku ske neyh..boleh ney..;))

sungguhnya...sudah dua kali aku menilai diri die...perrghhh superb!!memang die jer yang bertahta di hati aku..;)
tetibe terasa nak jerit..MOHD NAZMI,ILOVE U!!!!


tapi apekan daya..wuuu..hmmm..T_T
aku ngak bisa menggapainya...apatah lagi memberitahunya...wuuuu..T_T
pilu sungguh hati ini...



ohhh nazmi..T_T

Monday, July 19, 2010

kisah lalu

Ketika aku menulis coretan ini..keliling aku kosong..seperti tiada apa yang sedang berlaku..hanya kedengaran bunyi kipas berkerja keras untuk memberikan aku angin ;)

thanks to mr.kipas;)


Ketika ini..di saat ini.hatiku gundah..gundah memikirkan dimanakah letaknya jiwa aku..perasaan aku untuk seorang lelaki yang mungkin bakal bergelar buah hati atau mungkin juga mr suami kepada hidup aku..

hmmm..kosong..

ianya begitu kosong bagi aku...

kosong selepas kuncinya dibuang jauh..

Kenangan lalu setiap detik menggamit segenap jiwa aku ..
mungkin benar aku berkata
"ah!lantak la die!"
mungkin juga
"aku xheran la sama ko"
dan mungkin
"sudah la sume laki xleh pakai"


Namun begitu..jauh di sudut hati aku..siapa yang tahu...

aku mandi..aku makan..aku baring..aku tengok tv..aku berjalan ..semuanya ada dia..

dia yang pernah mengisi kekosongan hati aku..
yang pernah memberikan aku aku keyakinan untuk berdiri teguh,.
yang pernah menjaga aku sewaktu sakit terbaring..
yang pernah mengelap airmataku sewaktu aku menanges kerana terluka,teraniaya oleh sang dunia..
yang pernah memujukku ketika aku betul-betul kecewa..
yang pernah membuatkan aku tergelak,..
yang tidak pernah jemu membawa bekal makanan untuk berkongsi bersama aku..
yang tidak pernah jemu bercerit,bergelak ketawa bersama aku..
yang tidak pernah jemu mengajar aku akan subjek yang tidak pernah aku paham meskipun die bukan rakan sekolej ku
yang tidak pernah jemu menjemputku..menghantarku ke kolej atau ke mana sahaja..
die..dan hanya die...

hari ini..
ketika aku berdiri..
aku cuba menoleh ke kanan dan ke kiri..
ku cari si die ..
ku pandang jauh ke depan..
di manakah dia pergi...


dan kini..
tangan itu yang menghulurkan tanda persahabatan,perkenalan..
tangan itu yang menghantar setiap sms rindu..
tangan itu yang memasak untukku..
tangan itu yang memegang jari jemari aku ketika aku takut
tangan itu yang mengusap airmataku..

pergi dengan menulis kata-kata azimatnya kepadaku..
pergi meninggalkan aku dengan kenangannya..
pergi meninggalkan aku tanpa aku pinta..

mulut itu...
yang mengungkap sayang..bicara sendu.ketawa.
lenyap..
mulut itu juga.
.yang pernah mengungkap setia..mengungkap janji..
hilang seperti ditiup kipas anginku ini..

airmata mengalir...
hmmmm..maafkan aku..
aku tak boleh untuk terus menulis tentang ini..
aku betul2 belum kuat untuk menulisnya


maaf..

Sunday, July 18, 2010

yana,kawan aku



Lewat malam 18 Julai 2010..
sedang aku buka laman blog ini..secara tiba-tiba hati aku terdetik
untuk membuka ym..argghh!!ntah ape la sebabnya...

sedang aku menunggu ianya loading..secara tiba-tiba aku menerima offline msj dari seorang housemate lamaku sewaktu di kl..

  • 1:04 AM
    7/17

    hai ain..rindu nyer sama kamu..

  • 1:06 AM

    wlp kite lama x jumpa n kuar ko tetap aku ingat..wlp ko lupe kan aku aku tetap syg kan ko..kerana kite penah sahabat..satu bantal..satu pinggan..satu tilam..smua tu kenangan bg aku...aku nk ko tau..aku x kat sini x penah lupe kan ko wlp sesaat..n ko tetap sahabat aku..wlp pun ko hanya anggap aku kwn ko seketika...


  • Tanpa sedar..airmata mengalir membasahi pipiku..dan ketika itu kenangan-kenangan lalu mula berputar ke dalam ingatan dengan ligat..seminit juga aku menanges..menanges kerana membayangkan dirinya yang merindui aku,.sedangkan aku?aku sudah mula lupakannya..argghh!!kenapa aku macam tu..

    Kepada Yana..jika kamu baca ini..percayalah aku ngak pernah melupakan diri kamu selamanya..mungkin disebabkan masa yang berlalu serta kesibukan kerja..aku ngak bisa ingat semuanya..
    namun percayalah yana..aku syg bangat sama kamu..aku ingat dulu mase kamu jadi teman rapatku di rumah itu..ya rumah sewa itu..di seksyen 10,wangsa maju..

    Yana peryalah juga aku ngak penah lupa dimana kiter semua,aku,kamu ,bunny dan yumni masak bersama-sama .walaupun pada ketika itu aku ngak pernah lari dari segala pertengkaran dengan mereka.

    Yana..yakinlah..aku juga ngak pernah lupa sewaktu kamu memerlukan aku unuk tidur kerana takut..dan aku juga ngak penah lupa saban hari aku mentertawakan diri kamu kerna memerlukan jari kelengking ku untuk dipegang sewaktu demam..

    Yana..sorry sebab aku ske guna kipas kat bilik ko..aku xtaw bunnynyer ke sape nyer..thanks sebab ianya amat membantu mengeringkan rambut aku;))hehe..sorry la

    Yana..thanks jugak sebab bagi aku lepak ari2 n tiap mase kat tilam ko..;)

    ;)aku rindu bangat pada kamu yana;)


    ingat xlagi..mase kamu masakkan aku meehoon goreng dan aku cuba belajar cara memasaknya dari kamu..haha;)lucu amat.yerla..sumenya perlu dibelajar..kamu kan chef..;)

    Yana..terima kaseh kerana pernah jadi sahabat terbaik aku..dan terima kaseh juga kerana sudi mendengar segala luahan dan rentetan hati aku selama aku berada di sana;)

    Terima kaseh juga kerana sudi blanja aku,bunny n ntah la lupe lak yu ada ker?hehe ..makan sate kat kajang;)sedap..leh la blanja lagi..tapi kali ney aku nak extra kek..leh?nak rase...uwaaaaaa!!!

    Yana..thanks juga pada family kamu yang sudi susah payah untuk jamu kami sume ngan kepak ayam madu special tu..banyak gler aku makan..;)

    xlupe juga pada ikan keli ke sembilang kamu yang setia melihat aku mandi di bilik air..;)sorrylambat gtaw..kami semua takut nak mandi sebenarnyer..sebab nampak mata ikan tu..tapi xbarni nak kata..tu sebab kami keluar bilik air cepat klakar ble ingat..ko jangan la mara;)aku syg ko..

    dan akhir skali
    hmmm...sorry sebab aku g declare ngan abg ko...n ko lambat tahu..n keadaan jadi hura hara sebab ko nak selamatkan aku;') thanks kawan..

    luv u;)kem salam adik2 ko..n ur family
    psstt...kalau aku datang umah ko..abg ko da lagik x?



    tarrrraaa

    :she's yana;)my best housemate in da world:))

    Thursday, July 15, 2010

    kenali aku

    Mengenali seseorang itu adalah sesuatu yang indah..
    seindah namanya..
    seindah bicaranya..
    aku bukanlah bidadari syurga yang jelita..
    namun aku hanyalah seorang wanita biasa
    yang sama melakar impian di laman blogger..

    Wahai dunia lihat diriku...
    aku xmampu menutup duka,nista dan nestapa
    hanya kerana aku insan biasa...
    wahai dunia percayalah aku..
    kenalilah aku sebelum bibirmu bijak berkata apa..


    Saturday, July 10, 2010

    cukuplah

    Sepanjang meniti perjalanan sebagai seorang blogger..
    aku belum pernah menulis perihal diri aku..
    belum pernah aku berkongsi dukaku..
    belum pernah aku mengenang rembesan air mata yang pernah mengalir di pipiku..

    Ya allah,
    untuk sekian lamanya aku tidak menulis..
    namun kini aku mula menulis..ianya bagai satu paksaan kepada diriku untuk melakar tulisan air mata yang sedang mengalir...

    Kepadamu aku berserah,kepadamu juga aku mengadu..
    Terasa syahdu jiwa aku ketika ini..
    dimanakah letaknya hatimu wahai lelaki..
    butakah matamu ketika menilai diri aku...

    Allah..Allah..Allah..
    kuatkanlah diri aku untuk terus mencoret perasaan ini..

    arrghhh!!
    aku xmampu untuk terus menaip..adios



    Sunday, July 4, 2010

    admin bersenjata~~

    Sudah empat tahun aku berkelasi di dalam dunia serba canggih ini..
    mengayuh butir-butir bicara,kata-kata dan kesabaran berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang berbagai muka..
    arghhh!!kadang-kadang2 busan juga ble difikirkan..

    Demi selonggok tekad yang sering kucampak ketepi..
    aku akhirnya berazam untuk mengangkat bendera putih di medan ini...




    Akan tetapi sumenye mula berubah..apabila aku mula menemui sasaranku yang terbaru bagi melengkapkan misi mencari mangsa-mangsa lemas yang hanyut di dalam lautan manusia yang semakin moden,dewasa dan matang..

    Yang menariknya kesemua mereka ini special sket..sebab setiap seorang mempunyai parut yang sama seperti aku dan juga lima kelasi yang lain;)parut yang manis dan juga pahit yang sehingga kini terlekat di hati masing-masing..

    Misi demi misi kami atur..strategi kami pasang..
    persediaan kami bekalkan...;) pssstt...suspen xciter aku ney

    Untuk menjamin misi itu berjaya,dalam sedar dan tidak ,salah seorang dari kami perlu bertindak menggalas tugasan sebagai NAKHODA kapal yang kami naiki ini..
    kapal "UPSR-2000 SKJP(Sekolah Rendah Jalan Datuk Palembang)..

    Tidak cukup dengan perlantikan NAKHODA..kami terpaksa pula melantik serikandi dan juga pahlawan terbilang negeri untuk menumpaskan segala ancaman pihak lanun lanan yang sentiasa ada..

    Kami yakin..dengan usaha yang dicapai bersama ini,kapal yang pada mulanya kosong itu akan mula berisi dengan mangsa-mangsa lemas yang kami cuba selamatkan;)

    Kami benar-benar berharap
    dengan adanya pelantikan dan senjata rahsia yang dimiliki oleh setiap serikandi,pahlawan dan juga nakhoda kapal ini,akan mampu menyelamatkan ramai mangsa masuk ke kapal yang sama;)

    Di sini ingin aku perkenalkan
    Nakhoda kapal terbilang:-
    NAKHODA


    nama:Tor Tariq
    nama manja:Ririq
    umo:22 tahun
    senjata utama:senyuman manis dan ayat POWER
    kekuatan :master mengatur strategi , masa dan tempat,jaga kewangan
    jawatan glamor:TOK Selampit


    PAHLAWAN TERBILANG


    nama:Alim Ghani
    nama GLAMER:Lim
    umo:22 tahun
    senjata utama:senyuman manis dan ayat manis
    kekuatan: bijak memilih kepentingan untuk pasukan dan pandai berlakon
    jawatan GLAMOR:perompak bersiri

    SERIKANDI


    nama:Farah Nadia Mohd Arshad
    nama GLAMER:YAYA
    umo:22 tahun
    senjata utama: ayat manis
    kekuatan: garang,mampu bercakap cepat(mengelirukan lanun) dan bertindak pantas
    jawatan GLAMOR:DR mempelam




    nama:Maisarah Mustapa
    nama GLAMER:MAI
    umo:22 tahun
    senjata utama: Senyuman manis
    kekuatan: garang,tegas,kuat berlawan,bertindak pantas,menjaga kira-kira
    jawatan GLAMOR:Penduduk kampung



    nama:Amalina Yazid
    nama GLAMER:LINA
    umo:22 tahun
    senjata utama: senyuman manis,manja
    kekuatan: 24/7 online , mudah mengesan mangsa lemas
    jawatan GLAMOR:Dr Manja




    nama:Awan Amane Misa
    nama GLAMER:AIN
    umo:22 tahun
    senjata utama: ayat manis
    kekuatan: ske snap gambar,update maklumat mangsa dan penemuan,bijak berhubung
    jawatan GLAMOR:Penduduk kampung

    kerjayaku cita-citaku

    Suatu kecil dulu,ketika disekolah semasa darjah satu.
    di dewan besar itu..ya dewan yang sungguh besar itu..
    aku disuruh beratur bersama rakan-rakan yang lain
    duduk di dalam barisan yang panjang..

    Tika itu,
    saat itu guru-guru melaungkan
    kepada aku,kamu dan juga semua rakanku..
    apakah cita-citamu
    sambil memberikan kami setiap seorang kad bewarna biru;)

    ya,jika tidak silap kad itu bewarna biru..
    kad iru yang memberi makna besar
    kepada kami yang baru sahaja membesar dalam memilih jalan hidup..
    langkah-langkah untuk diatur berdasarkan arah yang dipilih...

    salah seorang guru berada di atas pentas ..
    memandang ke bawah dan berkata..
    "saya mahu kamu pilih kerjaya atau cita-cita yang kamu mahu jadi apabila besar nanti..
    dan selepas memilih kamu harus mencari barisan rakan yang sama dengan cita-cita kamu dan beratur.."

    aku memandang ke kiri dan ke kanan..
    kulihat dewan besar itu...
    mata terpejam seketika dan kemudiannya kubuka..
    hmmmm..satu keluhan kulepaskan..

    kutanya kepada rakan yang baru aku kenali bberapa hari lalu..
    apakah cita-citanya...
    kutanya pula pada teman dihadapan dan di belakang...
    jawapan mereka tetap sama...

    ada yang memilih mahu menjadi doktor,polis,peguam
    tidak kurang yang mahu jadi guru dan juga artis...

    aku mengelap peluhku dan memandang tepat kad biru itu..
    adakah patut kuteruskan hasratku..
    hasrat yang taiada siapa tahu..
    hasrat untuk menjadi seorang wartawan..
    yang terlalu asing buat diriku yang baru berusia 7 tahun ketika itu...
    hmmmm..

    barisan demi barisan di atur...aku masih dibelakang..melihat rakan2 mengatur barisan..aku bertanyakan barisan hadapan..apakah cita-cita barisannya..
    ahhhh..

    aku mengeluh di dalam hati
    "TAKKAN XDA NAK JADI WARTAWAN"
    ;(

    ketika itu aku melihat..
    terlalu ramai ingin menjadi doktor..
    terlalu ramai ingin menjadi polis...
    tetapi tiada siapa ingin menjadi seperti cita-citaku..

    dengan langkah yang lemah..
    aku menuju ke belakang barisan polis..
    aku berdiri..
    paling belakang sambil memandang kad biru itu...
    sambil berkata
    aku nak jadi wartawan..bukan polis..;)

    ianya manis untuk dikenang..lebih2 lagi..ianya melibatkan diri aku..kenangan aku..
    aku xkesah jika ada rakan-rakan yang membaca tidak menyukainya..kerana aku menulis berdasarkan naluri hati..yang masih ada dan tetap segar;)

    dan hari ini..
    aku buktikan...
    aku tidak malu untuk berdiri sebagai seorang...


    (pix semasa di RTM..skang aku bekerja di Harian Metro Melaka)
    thanks to yaya sebab membantu dan menjadi teman penawar duka aku semasa aku di RTM
    tq juga kepada mai dan lina yang sentiasa membantu aku dan menyokong aku dari sekolah..
    kepada mak dan abah
    ain da capai cita-cita ain dulu;)

    zaman pra matang

    Bagi semua orang zaman pra matang adalah sesuatu yang menyeronokkan..begitu juga pada aku yang sentiasa xmatang ney.;)
    melalui zaman pra matang di Sekolah Rendah Jalan Datuk Palembang adalah sesuatu yang menabjubkan..;)terasa rindu dengan suasana kelas yang sentiasa bising dan kecoh dek telatah murid yang semuanya dibawah umo..rindu juga pada perkarangan sekolah yang sentiasa menjadi port aku berlari 100meter,200meter dan juga pas beton bersama teman seangkatan iaitu yaya,mai,siti sarah,hidayarni;)rindu korunk...
    >>>aku kalau lari macam ney ,aku la juara cuba lari kat padang..mampos pancet..hahaha..
    tetibe teringat pulak pada satu larian untuk rumah2 sukan..aku da lupe da kiter sume panggil ape..tapi mase tu..kiter akan diuji untuk berlari ,melompat dan juga len2 untuk mewakili rumah sukan..so nama aku pon sure tersenarai..mase tu aku ringan sket..kre 3 ganda kecil dari ini..skang suda terlalu besar..;))
    seingat aku mase tu aku mase tu turnahli-ahli rumah RAJA UDANG untuk beraksi di padang sekolah yang sungguh comel gitu..auuuuwww!!rindu..
    ble die petik jer pistol tu..aku pon berlari dan berlari untuk 100meter...punyer la aku tahan nafas aku ney nak berlari..hahahaha..tup2..aku juara saringan beb..orunk kata kuasa tuhan..aku xmintak..haha..mase tu aku ader geng..geng aku sama berlari ngan aku gak..nama die Fatihah..
    muka Fatihah da macam down...aku pujuk die..."sabar la beb..ko mesti boleh punyer..aku pon xkuat mana,cube ko try lagi pasney..pasney ader lagi kan 200meter lak tu.."Fatihah tersenyum dan kata ok..
    die pon ikut aku yang sibuk mencari air..ngah2 carik aku ternampak mesin air kat luar tu..bukan yang cawan tu taw..yang tinnyer..aku pon kata kat Fatihah yang die kene minum 100plus untuk kuatkan larian die..n aku sorunk leh minum coke sebab aku da ader energy..hahaha(cakap besar ney weh..ntah mana aku blaja)
    Selepas abes minum air kuat badan tu sume..kami ke padang semula dan terpaksa berlari untuk 200meter..ketika pistol dipetik..aku sempat berkata kepada Fatihah..relax k...hahahagler cool aku ney..
    Fatihah senyum jer..kami pon mulakan aksi..berlari macam xingat dunia...sedang aku berlari mengalahkan atlet pecut negara tetibe aku terpandang Fatihah di sebelah aku mendahului ketika di selekoh..perrggghhh!!!die ney lawan aku plak..aku pon keja die...keja punyer keja xdapat...dalam ati da kumat kamit maki..ney mesti coke punyer hal..
    Sehingga ke garisan penamat aku tetap xdapat keja Fatihah dan akhirnya aku num 2;(ape nak buatkan..

    TETIBE...Fatihah datang jumpa aku n kata len kali ko minum la 100plus..
    cetttt!!!

    model wannabe =)

    hello.syg2 sume..
    sorry sebab tinggalkan korunk lama sangat..
    actually kiter kekeringan idea ney..
    sekali whhhoopppp!!! membe plak timbolkan idea.. =)
    terima kaseh la kepada beliau -beliau sekalian iaitu
    cek MUIZ

    (ader macam model x);)
    p/s klau die baca mati aku
    dan
    Cek ZANA



    Melalui khabar yang didengar,membe aku memang ader bukak modelling agency,so sesiapa yang nak boleh la mohon;)uish xsangka rasenyer..yer la..kawan main2 mase sekolah dulu..men kejar2..skang da ader agency sendiri;)
    >>aku dulu pon kalau leh nak jadi model gak..ak ak ak..tapi xkesampaian..sebab size aku yang amat MENAKUTKAN..hahaha
    Berbalik kepada cerita tadi..ramai aku dengar di kalanganmembe kesayangan aku yang nak join..fullamak...meletop wa cakap..aku cam terdiam..tapi aku tersenyum gak ble pk..boleh tahan jugak kawan2 aku ney..xsangka ramai yang talented...
    uishhhhh!!!berkisahkan kepada bakat..aisey..aku dulu mase kecik penah la jugak asah bakat jadi model mase darjah satu..tapi tahap aku cume pada pakaian beragam jer la...
    mase tu aku pakai baju kebaya wana purple xsilap..siap bawak munge sebakul..
    >>itu idea mak aku..bukan aku..pk la..aku kecik mana taw bawak2 munge ney;D
    Nak jadi kan citer membe baik aku amalina join..ngan pakaiaan kimononyer..perrghhh!!die da la putih..pakai kimono...cu melecuncun la jawabnyer...dan pada pertandingan tu die menang;)
    >>tahniah Amalina sebab menang..baru arini aku sempat cakap ..dulu xsempat sebab terlupe;)

    da besar2 ney..xda plak aku wang tebiat masuk pakaian beragam..kalau masuk aku xtaw la nak cakap pe..cume penah berapa kali hati aku berbunga..ble mase blaja dulu..aku penah ditawarkan jadi model bukan sekali tapi 2 3 kali;)

    hmmm..namun terpaksa dilupakan dek kerana size aku..walaupun depa nak amik aku pasal depa kata aku phothogenik..tapi aku tetap tolak;)yer la..mase tu model comel2 xbanyak;)

    pape pon...syg2 aku..kalau korunk berminat go on jer ngan ape yang korunk rase.tapi makesure pastikan ianya bukanlah dari sebuah agency yang menipu;)
    aku akan support korunk kat sana siap bawak pom-pom lagi...weeeeee!!!(^_^)

    kepada aku pula..kalau ader rezeki y not aku try..tapi bukan skang laaa..
    sebab aku masih ada benda yang nak dicapai sehingga akhir tahun ini...
    =)

    me;)


    Friday, July 2, 2010

    walaweeehhhh!!!

    uish...aku nak citer..aku nak citer..
    aku bukan sahaja diberi pertolongan mengemas blog..
    tetapi juga set lagu fav aku..auuuwww!!!
    kawan aku wat kan..hahaha
    syg die lebey la...
    syg ko jugak ya!!
    kerana xsabar nak baca blog aku yang cam comel gler ney kan..hahaha

    ok uoollls...
    gadis ungu hepi gler malam ney..so mud pon nak ketawa jer la...
    hehehe...

    sok2 kiter seday la..
    pape pon zaasss jer lagu aku ney yer..lagu best tu
    leh wat panahan hati..auuuuwww!!

    blog aku baru laaa...

    aku da ader blog!!!yeeaaayyy!!!!
    blog aku kawan baik aku yang wat!!yeeaayyyy!!!

    blog lama aku da kene makan anai-anai sebab lama da xupdate..wahahahha...
    sku ske blog ini sebab die bewarna warni...ader katun..
    ader kaler purple..ader aku..hahaha

    ma kaseh lina sebab watkan blog aku..
    syg ko la!!(^_^)