Sunday, July 4, 2010

kerjayaku cita-citaku

Suatu kecil dulu,ketika disekolah semasa darjah satu.
di dewan besar itu..ya dewan yang sungguh besar itu..
aku disuruh beratur bersama rakan-rakan yang lain
duduk di dalam barisan yang panjang..

Tika itu,
saat itu guru-guru melaungkan
kepada aku,kamu dan juga semua rakanku..
apakah cita-citamu
sambil memberikan kami setiap seorang kad bewarna biru;)

ya,jika tidak silap kad itu bewarna biru..
kad iru yang memberi makna besar
kepada kami yang baru sahaja membesar dalam memilih jalan hidup..
langkah-langkah untuk diatur berdasarkan arah yang dipilih...

salah seorang guru berada di atas pentas ..
memandang ke bawah dan berkata..
"saya mahu kamu pilih kerjaya atau cita-cita yang kamu mahu jadi apabila besar nanti..
dan selepas memilih kamu harus mencari barisan rakan yang sama dengan cita-cita kamu dan beratur.."

aku memandang ke kiri dan ke kanan..
kulihat dewan besar itu...
mata terpejam seketika dan kemudiannya kubuka..
hmmmm..satu keluhan kulepaskan..

kutanya kepada rakan yang baru aku kenali bberapa hari lalu..
apakah cita-citanya...
kutanya pula pada teman dihadapan dan di belakang...
jawapan mereka tetap sama...

ada yang memilih mahu menjadi doktor,polis,peguam
tidak kurang yang mahu jadi guru dan juga artis...

aku mengelap peluhku dan memandang tepat kad biru itu..
adakah patut kuteruskan hasratku..
hasrat yang taiada siapa tahu..
hasrat untuk menjadi seorang wartawan..
yang terlalu asing buat diriku yang baru berusia 7 tahun ketika itu...
hmmmm..

barisan demi barisan di atur...aku masih dibelakang..melihat rakan2 mengatur barisan..aku bertanyakan barisan hadapan..apakah cita-cita barisannya..
ahhhh..

aku mengeluh di dalam hati
"TAKKAN XDA NAK JADI WARTAWAN"
;(

ketika itu aku melihat..
terlalu ramai ingin menjadi doktor..
terlalu ramai ingin menjadi polis...
tetapi tiada siapa ingin menjadi seperti cita-citaku..

dengan langkah yang lemah..
aku menuju ke belakang barisan polis..
aku berdiri..
paling belakang sambil memandang kad biru itu...
sambil berkata
aku nak jadi wartawan..bukan polis..;)

ianya manis untuk dikenang..lebih2 lagi..ianya melibatkan diri aku..kenangan aku..
aku xkesah jika ada rakan-rakan yang membaca tidak menyukainya..kerana aku menulis berdasarkan naluri hati..yang masih ada dan tetap segar;)

dan hari ini..
aku buktikan...
aku tidak malu untuk berdiri sebagai seorang...


(pix semasa di RTM..skang aku bekerja di Harian Metro Melaka)
thanks to yaya sebab membantu dan menjadi teman penawar duka aku semasa aku di RTM
tq juga kepada mai dan lina yang sentiasa membantu aku dan menyokong aku dari sekolah..
kepada mak dan abah
ain da capai cita-cita ain dulu;)

1 comment: