Monday, July 19, 2010

kisah lalu

Ketika aku menulis coretan ini..keliling aku kosong..seperti tiada apa yang sedang berlaku..hanya kedengaran bunyi kipas berkerja keras untuk memberikan aku angin ;)

thanks to mr.kipas;)


Ketika ini..di saat ini.hatiku gundah..gundah memikirkan dimanakah letaknya jiwa aku..perasaan aku untuk seorang lelaki yang mungkin bakal bergelar buah hati atau mungkin juga mr suami kepada hidup aku..

hmmm..kosong..

ianya begitu kosong bagi aku...

kosong selepas kuncinya dibuang jauh..

Kenangan lalu setiap detik menggamit segenap jiwa aku ..
mungkin benar aku berkata
"ah!lantak la die!"
mungkin juga
"aku xheran la sama ko"
dan mungkin
"sudah la sume laki xleh pakai"


Namun begitu..jauh di sudut hati aku..siapa yang tahu...

aku mandi..aku makan..aku baring..aku tengok tv..aku berjalan ..semuanya ada dia..

dia yang pernah mengisi kekosongan hati aku..
yang pernah memberikan aku aku keyakinan untuk berdiri teguh,.
yang pernah menjaga aku sewaktu sakit terbaring..
yang pernah mengelap airmataku sewaktu aku menanges kerana terluka,teraniaya oleh sang dunia..
yang pernah memujukku ketika aku betul-betul kecewa..
yang pernah membuatkan aku tergelak,..
yang tidak pernah jemu membawa bekal makanan untuk berkongsi bersama aku..
yang tidak pernah jemu bercerit,bergelak ketawa bersama aku..
yang tidak pernah jemu mengajar aku akan subjek yang tidak pernah aku paham meskipun die bukan rakan sekolej ku
yang tidak pernah jemu menjemputku..menghantarku ke kolej atau ke mana sahaja..
die..dan hanya die...

hari ini..
ketika aku berdiri..
aku cuba menoleh ke kanan dan ke kiri..
ku cari si die ..
ku pandang jauh ke depan..
di manakah dia pergi...


dan kini..
tangan itu yang menghulurkan tanda persahabatan,perkenalan..
tangan itu yang menghantar setiap sms rindu..
tangan itu yang memasak untukku..
tangan itu yang memegang jari jemari aku ketika aku takut
tangan itu yang mengusap airmataku..

pergi dengan menulis kata-kata azimatnya kepadaku..
pergi meninggalkan aku dengan kenangannya..
pergi meninggalkan aku tanpa aku pinta..

mulut itu...
yang mengungkap sayang..bicara sendu.ketawa.
lenyap..
mulut itu juga.
.yang pernah mengungkap setia..mengungkap janji..
hilang seperti ditiup kipas anginku ini..

airmata mengalir...
hmmmm..maafkan aku..
aku tak boleh untuk terus menulis tentang ini..
aku betul2 belum kuat untuk menulisnya


maaf..

No comments:

Post a Comment