Monday, January 21, 2013

tak seindah mimpi

Assalamualaikum..

   Semangat aku untuk tulis kali ini begitu berkobar-kobar memandangkan ini kali pertama aku begitu yakin dengan apa yang aku buat.Mungkin sebab faktor umur yang semakin meningkat atau mungkin kebenaran yang semakin menyerlah.
  Seperti mana yang korang tahu,aku pernah mengakui aku suka pada seseorang pada entry sebelum ini.dan dalam tidak dijangka rupanya persahabatan kami sudah mencecah enam tahun.

  Okey-okey kita balik pada topik utama.
Sepanjang tempoh enam tahun aku kenal die..aku rasa hanya aku yang memendam perasaan pada dia,..bermula sebagai kawan,,akhirnya kawan baik..skandal..musuh..dan akhirnya kawan balik,..
Malah sepanjang tempoh itu,aku tak pernah sekali pun terlepas wish birthday die tapi die xpenah ingat birthday aku kecuali aku gtaw.
Dan sepanjang tempoh itu juga, kami kerap kali gaduh dan boleh dikatakan setiap kali gaduh aku yang akan beralah dan beberapa kali sahaja dia yang akan berbuat demikian..
Aku selalu memendam rasa kalau die bercakap soal perempuan lain..sedangkan die tahu aku sygkan die..dan aku pula sentiasa berusaha jaga percakapan aku kerana tidak mahu die bosan dengan aku
Tujuan aku bagitaw semua tu bukan untuk memburukkan die..bukan..tapi nak tunjukkan sejauh mana syg aku pada die.itu saja..aku taw mesti ada diantara kawan-kawan yang alami masalah sama macam aku.

 Tapi..semua tu mungkin akan berubah selepas ini..
sebab aku mula rasa kewujudan aku dalam hidup die tak beri kesan apapon pada die..
dan aku yakin kalau aku tetibe hilang..die mungkin tak rasa apa-apa.
Perkara ini aku dah banyak kali aku pikir.
 namun sejak Sabtu lalu selepas bertemu dengan sahabatku..aku mula sedar dan kembali pada alam nyata.
sebelum ini aku hanya biarkan diri aku dibuai perasaan sebab aku rasa hepi biler die ada.
Aku taw aku silap..
sebab aku selalu nasihatkan kawan-kawan aku pasal perasaan macam ney..
tapi aku lupa..aku sendiri tak kuat nak hadapi benda2 ney..
mungkin kerana hanya die'masa lalu' aku yang masih ada.

Perkara-perkara ada pada dia dan aku suka.
  • Dia seorang yang sombong dan sukar untuk aku dekati atau fahami.jadinya aku rasa sangat mencabar.
  • Die suka puji diri die depan org yang die rapat dan mudah merajuk kalau kiter tak iyakan.(sangat comel macam budaq)
  • seorang yang cemburu.pentingkan keluarga sebab selalu utamakan keluarganya dan tak suka kalau org kata apa2 berkaitan family die.
  • Seorang yang sangat keras hati untuk dapatkan apa yang dia nak dan romentik.

Mesti ramai yang berkata..kenapalah aku ney dok tergila-gila pada mamat tu..
macam mana aku nak terangkan yer..mamat tu macam dah sebati dalam hidup aku.
Aku dengan die..kami sangat terbuka.sampaikan aku mampu bagitaw die sejauh mana aku syg die..aku cemburu..aku sedih..

Kadangkala aku heran juga kenapa mamat tu macam xda perasaan pape jer kalau aku kata aku xmo contact die..ble aku pikirkan betol2..aku sebenarnya dahj dapat jawapan tu..
die rasa aku sentiasa ada dengan die..dan tak mungkin tinggalkan die.hmm..

Enam tahun aku kenal die..enam tahun juga aku syg die..bermula dari rasa syang sebagai kawan..musuh,kawan baik,skandal dan kawan..
apapon..sebagai wanita aku perlu bergerak ke hadapan..melangkah demi masa depan aku
bukan aku kata aku tak bahagia mencintai dan menyayangi die..
tapi aku sedar sejauh mana..setinggi mana..sedalam mana rasa itu..
die tetap bukan untuk aku.
andai kata satu hari nanti dia sedar akan kehadiran aku
aku harap dia akan berkata sambil tersenyum
"itulah wanita yang pernah menyayangi aku"







Monday, January 14, 2013

Kashaf Imani



Spe penah tengok citer Kashaf Imani?
Nampak jer nama Kashaf Imani sudah cukup membuatkan aku teruja.
Keterujaan aku pada cerita ney agak melampaui batas.
Aku sangat suka pada storyline die, ske pada watak hero dan heroin..memang terbaik.


Untuk yang belum penah tengok..ney aku bagi sket sinopsis..
 Kashaf Imani ney mengisahkan engisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

okey itu sahaja.
kalau nak taw..drama ney aku dah tengok lebih 10 kali dan part yang paling aku suka adalah ble kashaf dapat taw imani tu secret admire die..then kacau imani. ;)sweetnyaaaaa!





Friday, January 4, 2013

kasi imbau 2012 skettt!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini genap empat hari kita semua melangkah ke tahun baru.Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniannya kerana masih memberi aku, ahli keluargaku, saudara maraku dan rakan-rakan serta meaw2ku untuk bernafas sehingga hari ini.

Melangkah ke tahun baru bukan beerti memori pada tahun lalu perlu dilupakan.Tidak kira pahit ataupun manis ianya adalah sebahagian dari sejarah hidup yang perlu dikusimpan.Yang pastinya setiap dari memori berkenaan kusimpan sekumit kekuatan untuk berdiri pada hari ini.

So jom kiter zoom sket apakah memori tahun lalu yang masih lagi aku simpan. =)

1) Dapat info pasal Anep Sharul
  Anep Sharul adalah sahabat maya yang aku kenal sejak 2008 lagi.Perkenalan kami bermula dari laman chatting dan kemudiannya menjadi rapat.kami bukan kaple.tapi kami sangat rapat.pendek kata dia adalah kawan baik aku.boleh kata hampir setiap hari aku akan sms die..begitu juga die..dan die tersangatlah suka kol aku.mase kenal dulu die kata die kawan kepada senior kolej tempat aku belajar dan bekerja di TV9.ntah ye ntah tidak.die penah kirimkan gambar.tapi aku macam muskil sket nak percaya.apepon kawan dengan die best.dan kami pernahlah bergaduh besar gara-gara die emo.malah penah putus kawan setahun.pastu kawan balik.Apa yang membuatkan aku masih berkawan dengan die adalah kerana die kata die sentiasa perhatikan apa aku buat.nampak macam menakutkan.yer memang menakutkan.dan die penah buktikan apa yang die cakap tu betol.masa semakin berlalu.awal 2012..aku dapat info dari adik aku..mengenai nombor yang die guna..dan perkara itu sangat mengejutkan aku.sebab aku yakin aku memang tak kenal die dan beberapa info yang die penah gtaw aku pon salah.jadinya aku tros forward kat die..dan sampai skang die tak muncul2 da. ;)

2)Farid kawen dan dapat anak
Untuk pengetahuan korang semua,farid ney adalah ex aku.ex aku yang terakhir sekali.punca kami putus boleh dikatakan die curang pada aku dan sendiri2 cakap kami dah putus pada kawan2 die.sungguh memang aku kecewa.sebab aku terima die atas dasar simpati sebab die dok mengayat..dok bertepek tepi aku sampai kawan aku nasihat macam2.tak elok buat org camtu..terima org yang sayang kiter...haaaa...last2 aku kene balik.so aku dah janji ngan diri aku yang aku takkan syg org lain pasal kesian..xmau aku.kenapa aku frust gler ngan die?sebabnya die bagi segala kebaikan die pada aku..die tunjukkan pada aku betapa caringnya die..betapa baiknya die..dan betapa tanggungjawabnya die..sampai aku demam nak kol mak aku bagai.dan kerana yakin aku bawak die balik jumpa family..kuasa tuhan.jdoh aku bukan dengan die.mulanya memang berbaldi2 la airmata aku..lama2 aku okey..sampailah pada hari die kawen aku boleh tatap gambar kawen dei lama2 sebab die tak private.aku tak nanges setitik pon.sampai bini die beranak ritu.aku tak nanges pon.cuma aku ada pelik sikit kenapa die kol aku mase die dah bertunang ritu.pe motip ko.ooh..sebelum lupa..die ney ske simpan koleksi ex gf die kat fb.sume jadi kawan2 die.sorrylah untuk aku beb.aku bukan jenis camtu.kiter putus bukan cara baik yer bro.


3)Dapat jumpa Atieyah mase raya
Perasan tak email aku Atiesyah..haha..nama tu aku amik sempena memperingati kawan baik aku mase darjah 3.Atieyah.Orangnya sangat manis,sangat baik.aku kenal die setahun jer mase kami darjah 3..pastu die pindah.walaupun kejap.tapi macam2 memori aku penah reka dengan die..boleh kata setiap petang aku akan abeskan masa aku di rumah atiyah main basikal,borak2 dan main menan kat padang tu dengana adik2 die..dulu adik beradik die tiga jer..skang dah 5..die pon dah tak ingat pasal aku sangat.tapi aku ingat segalanya pasal memori kami.aku rindu sangat die.lepas die pindah subang..kami ada jumpa sekali.mase tu kat rumah makcik sedara aku.makcik aku kawen..then aku ajak die ngan family die datang.RINDU!.dan seterusnya pada raya ritu.aku sangat hargai usaha die datang melaka.sangat2.dan kalau die nak tahu..aku adalah org paling happy masa die datang ritu.walaupun die segan sebab ramai tak kenal.kami tak borak panjang.sebab mase tu kami g beraya..dan atiyah hanya dapat ikut g rumah membe aku yang sorang tu jer..pastu die balik kl.harap len masa dapat jumpa die lagi!

4)duet tersekat dalam atm
Ohh!ini sungguh mendebarkan dan membuatkan hidup aku tak tenang.bayangkan duet korang lebih kurang rm3 ribu lebih tersekat dekat mesim atm..yang cash deposit tu..pergghh..aku dah rasa...dan sejak tu aku rasa sangat berhati2 ble di atm.apa taknya kejadian berlaku jam 8 malam.org bank dah balik kowt.,mujur ada beberapa kawan bagi sokongan kat aku yang dah bengkak2 mata nanges.dan pada haritu jugak..aku dapat bercakap dengan BINI RENJI!huhuh!gler seyhh!selama ney aku kawan baik ngan suami die yang memerangkap kawan baik aku tu..dan haritu aku cakap ngan bini die buat pertama kalinya.aku dah akwan ngan renji lebih kurang 5 tahun.then baru aritu aku beramah mesra ngan bini die.bini die okey.suara cute gler dan baik.

5)Herie kol guna hp gf die dan dapat khabar die nak kawen da.
Ini memang memori adegan airmata.aku pon tak taw kenapa aku syg sangat dengan mamat ney.mungkin sebab aku penah suka die.kami tak penah kaple.jauh sekali nak kaple.mungkin sebab kami rapat dan die ada kriteria aku ske.atau ntah la..kami dah kawan lama sejak aku duduk dekat wangsamaju ss 10.mase tu dalam tahun 2010 kowt..mamat ney sememangnya tahu aku syg die.so die selalu guna sebab mengada2 sebab die taw aku syg die.kami memang selalu bergaduh tak penah baik.tapi itu lah hakikatnya macam mana kami teruskan berkawan sehingga kini.pelik sikit.tak okey.cuma aku tak sangka bulan 5 aritu die ke melaka dan kol aku guna num gf die nak cari tempat masa siap cakap "syg nak makan ape" parghhh!hati aku pecah.tangan aku menggeletar masa tu tros aku cakap aku tak taw tempat ape die nak.die kol aku tak jawab.padahal lokasi die berada dengan tempat aku berada waktu tu dah dekat sangat.naik opiss..amik ko..berjurai air mata.haha..pastu kami tak kontek 3 bulan.die kontek je aku..aku yang tak layan.dan mase tu la aku dapat taw dari membe die nak kawen.haaaaaaamekk ko..sekali lagi tsunami berlaku.aku menanges lagi.kali ney depan kawan2 perempuan.tu cover2..masuk kete..bengkak mata aku.

6)Mai bertunang dan tak jemput
Ini kes aku pon tak taw nak cakap camne.memang tersangat la seday.kawan baik sejak kecil tunang tak ajak pon.tak ajak aku boleh time..tak sms pon kata " hye korang..aku nak tunang ney..tak pon..aku dah tunang tadi.." xda....seday kan.aku nanges bengkak gak mata.kawan aku yaya pon nanges gak.seday sebab kawan yang kami kongsi suka duka selama ney..taknak kongsikan pon hari bahagia die.kami tak kesah tak jumpa kat majlis itu.atleast esok pagi ke.petang tu ke..malam tu ke..ajak la lepak taman macam biasa..borak.nak gak snap2 gambar kawan dah tunang.hmm..memang merajuk gler..tapi tadi die ada sms ajak teman tengok butik andaman.mulanya pikir taknak.tapi die kawan aku.kawan baik aku.betul kata pepatah.kawan baik..kalau kiter mara mana pon tak mungkin akan lama rajuknya.aku syg die sangat.so takkan aku nak tengok die camtu.erm..die bahagia..aku bahagia juga.

7)Berat gua turun 11 kg.
Yang ini memang amat mengujakan hari2 aku..bayangkan berat aku boleh turun ke berat mase last2 sem blaja dulu..haha..hebat.dan aku mampu pakai baju dan seluar aku yang dah lama aku tolak tepi sebab tak muat.ai ai ai..hepi..;) tq pada kazen..safrina..sebab membantu aku sangat2.tapi aku target nak turun lebih..insya allah boleh.









Wednesday, December 26, 2012

BBQ SKJDP2000


Bismillahirrahmanirrahim!

                  Tanggal 25 Disember 2012.hari krismas.cuti umum. BBQ SKJDP 2000!

Alhamdulillah..semalam sekali lagi kami berjaya mengaturkan satu pertemuaan dengan rakan-rakan sekolah rendah.Selepas beberapa bulan menyepi, akhirnya Group FB SKJDP2000 meriah kembali.

Untuk pengetahuan korang, pertemuan itu dirancang kembali selepas salah seorang sahabat kami, Faiz yang selama ney berada di luar negara minta ianya diadakan semula.Pada mulanya jujur, hati memang berat..apa taknya..sudah hampir tiga tahun kami aturkan pertemuan, hanya berapa kerat aje yang betol2 konsisten...dan beberapa kerat itu jugalah yang gigih membarisi jadual pertemuan SKJDP2000.

Namun seperti yang dijangka,kami dengan hati terbuka mengaturkan semula pertemuan berkenaan dan bermulalah jadual aturan untuk program BBQ SKJDP2000.weeeeee!

Program mula dirancang, jumlah kehadiran mula dikira, lokasi dan masa mula diatur, menu bbq mula difikirkan.Alhamdulillah pada tahun ney, kawan kami..Tariq berbesar hati nak taja menu utama BBQ kami (segala yang perlu dibakar). oooyyeeaah!(^_^)!!



 
Program: BBQ SKJDP2000
Tarikh:25 Disember 2012
Masa:3 hingga 6ptg
Menu:Ayam bakar,Kambing bakar,hotdot,nasi goreng kampung.nasi goreng cina,coslow,puding roti, air,waffle,kopok-kopok..buah dan sebagainya.
Jumlah kehadiran: memberansangkan! 
(Aku, lina,tariq,yaya,anis,ad,fuad,acap,syed,naim,muiz,kawan muiz,amy,faiz,ijad,ciput dan acap)

 Disini aku sertakan beberapa keping gambar waktu BBQ SKJDP2000 untuk korang ;)




Rata-rata yang datang program tu sangat berpuas hati..apapon terima kasih kepada ibu dan papa lina sebab sudi bagi kami pinjam rumah untuk buat bbq..Terima kasih kepada tariq sebab sponsor makanan utama kami.terima kasih kepada yang datang terutama mereka yang baru..antaranya naim dan juga faiz dan syed.terima kasih banyak2..Sepanjang program tu berlangsung,kami puas sangat dapat makan,berborak,bergurau dan bermain kad gaya tariq "org kampung.perompak.tok selampit".. ntah kenapa..aku tak kene bunuh dalam program tu..haha..berdebar jugak sebab nak kene teka..selalu nama aku tengah2 kompom dah out.
 Alhamdulillah,semoga program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.amin.


Wednesday, December 19, 2012

sahabat sebantal

Assalamualaikum!

   Lewat malam semalam, selepas balik main bowling ngan Risda.. aku tak boleh nak tido..
   Gler stress kalau malam-malam org dah dibuai mimpi aku masih termenung lagi..
Dalam masa termenung tu, aku saja belek nama contact kat hp aku..dan secara tiba-tiba aku ternampak nama-nama mereka..kawan-kawan di rumah sewaku!!Owhhhhhh!sumpah rinduuuuuuu!


Gler tak rindu??!macam-macam benda aku lalui bersama d'orang dulu tak kiralah pahit atau manis..pendek kata semuanya pernah!Kalau korang nak taw,,..sepanjang tempoh pengajian aku dulu..aku banyak kali pindah rumah..dari wangsa maju ss 5..ke ss 10..dekat ss 10 tu..2 kali aku pindah umah..then ke setiiawangsa..keramat..setiawangsa balik dan akhirnya ke keramat.;)
dan sepanjang tempoh itulah..aku housemate dan roomate aku bertukar ganti.. ;)mari aku perkenalkan kawan-kawan rapat yang pernah tinggal serumah dengan aku..

1)Amy (baju putih)dan Yuzz(baju hitam) dan dua-dua berasal dari Perak.

Okey..untuk makluman korang. Amy adalah kawan baik aku yang pertama sekali sewaktu menjejakkan kami ke tempat pengajian..kami tinggal serumah di Waizuri Apartment(2006) wangsa maju ss 5.Orangnya sangat lemah lembut..manis,manja dan kreatif.Tak tinggi rendah-rendah jer orangnya.Aku bersyukur sangat kenal dengan die sewaktu berlaku kejadian pulau memulau di dalam rumah tu..aku pon tak taw kenapa kejadian tu berlaku..yang pasti si gler tu punya keje..haha..nak taw si gler tu sape?(^_^) aku tak simpan gambar die.tak penting dalam hidup aku!haha.Apa yang aku ske tentang amy ney adalah die terlalu manis dan baik.

Aku ingat lagi kenangan di mana die gigih ajar aku berenang dekat pool bawah apartment kiterorang.amy..imissu!kalau korang nak taw..amy ney peminat tegar anime!dalam kepala die anime-anime-anime!aku pon minat jugak.tapi takdalah segiler die..mase kat umah sewa kalau korang nak taw,die ada dua beg besar..satu beg baju dan barang-barang..lagi satu beg cd anime!gler x?aku sendiri banyak kali penah ikut die pegi kedai cd lepas kelas..teman die beli cd anime..die lah satu-satunya kawan aku yang sanggup berhabis duet untuk cd anime.penah die abeskan duet belaja die dan hanya beli maggi untuk makan sepanjang seminggu tu..;) apapon selepas beli cd ,kami tengok malam tu!kerana minat terlampau pada anime..mak amy antar die belajar bahasa jepun!dan die sangat fasih..bayangkan mase tengok cd anime tu..amy bukak dalam bahasa jepun.tapi kalau tengok dengan aku die akan bukak dalam bahasa inggeris:)yang penting die juga mampu melukis watak anime tu dengan menarik!banyak kali lah aku suruh die lukis kat buku nota atau surat cinta aku.die buat jer..;)cute kan kawan aku!

Kalau game gendang di Carr4 wangsa maju tu masih ada. pasti korang akan nampak gambar kami berdua ;)kami pernah jadi antara pemain gendang terbaik untuk game tu..weeeeee!

2) Yuzz

 Yuzaida ;) dia adalah satu-satunya kawan yang begitu istimewa pada aku daripada semua kawan yang aku kenal time belajar dulu.Permulaan aku kenal dengan die tak begitu mengujakan kerana pergerakan aku sering diganggu oleh si gler tu.jadinya...beberapa minggu aku berada di Waizuri tu, kami jarang bertegur,senyum dan sebaliknya..Mungkin takdir tuhan nak menemukan kami sebagai kawan baik.so suatu hari..semua student balik kampung termasuk kawan-kawan rumah aku.yang tak balik cuma aku dengan yuzz jer..bermula detik keramat tu..aku mula bersahabat dengan die..;') Alhamdulillah.NZ atas bukit jadi saksi persahabatan kami.sesungguhnya aku gembira dengan persahabatan ney.mesti korang tertanyakan kenapa aku hepi sangat dapat kawan dengan die.;) tingkah laku die mengingatkan aku pada kawan-kawan rapat aku di melaka di mana kami mampu berbual apa sahaja tanpa pikir org keliling.

Untuk mereka yang tidak mengenali yuzz..yuzz ney mukanya macam sombong sikit..tapi die sebenarnya baik.nampak pendiam.tapi suka menyanyi.glerkan gothik then suka makan tapi tak taw masak ;)macam-macam kenangan aku pernah aku reka bersama die..antaranya..kami suka pulang lewat pagi sekitar 7 ke 8 pagi..puncanya selepas kami makan banyak di kedai.kami malas nak balik jadinya kami pergi menghabiskan masa di cc..cc kat sana best.sebab kiter boleh lepak lama dan bayaran pon murah kalau amik pakej pukal..kami xmo balik.jadinya kami amik keputusan untuk duduk kat cc..nak balik takut sebab dah gelap.jadinya kalau ngantuk..jangan tak caya kami akan tido kat depan pc tu..;)Waktu lepak kami tidak bertempoh..bayangkan..kami mampu berbual berdua di kedai mamak tu selama berjam-jam lamanya dengan perbualan tanpa henti.;)

Satu lagi perkara yang aku betol-betol teringat sampai sekrang adalah saat dimana yuzz dan amy bantu amik aku dekat Balai Polis Putrajaya.kalau ko jahat..ko boleh ingnore permintaan aku.tapi ko tak buat macam tu..kenangan tu memang pahit tapi korang yang memaniskannya.Bler teringat balik..aku tergelak..sebab mana mungkin aku lupa..ko..amy..dan kawan lelaki korang berdua ikut amik aku..korang tiga naik kete kancil..dan sorang lagi naik motor..pakai punya bergaya sorang macam mamat rock kapak..sorang macam mamat gothik..yang bestnya..mamat bawak kete tu xda lesen..haha..adoii ai..apepon terima kasih sangat.jasa korang akan aku kenang!


Yang pakai cermin mata tu Cely..yang belakang die tu Lily

3) Cely(Johor)

 Untuk pengetahuan korang..aku ada seorang kawan bilik yang sangat-sangat sengal ubi.masalahnya kesengalan die tahap maksimum!bayangkan aku pernah ternampak die goreng ikan tanpa siang!!hahahaha!citernya macam ney..kami kan duduk umah sewa..so nak jimatkan duet yang ada tu..perlulah merajinkan diri masak..keselaluannya aku yang masakkan untuk minah ney..sebab die xtaw masak dan xske masak.jadinya.satu hari kami masing2 nak tunjukkan bakat masak sendiri.aku gigih kol mak aku tanya nama ikan sebelum pegi beli kat kedai bawah umah kami.kami pon pegi..ble balik..minah ney kata die nak masak dulu sebab die dah lapar..so..masa die ngah mungggah2 barang..aku dok sibuk kat ruang tamu..jap tu aku ke dapur..sampai jer kat situ..aku tengok minah ney baru lepas letak kunyit kat ikan die..aku taw perasan lagi..ku tengok ikan die kat kuali..mak aiiii!tak siang lagi!!cepat2 aku kuarkan ikan die dari kuali tu..tu pon bertekak jugaklah..katanya die xtaw nak masak ikan kene buang isi perut dulu!cely..cely..

Tak cukup dengan itu, penah satu masa kat umah sewa..aku cakap ngan die..teringin nak makan bubur manis orang cina punya..dengan mee kicap.then die kata die penah makan..dan taw masak macam mana..aku ney dah la mengidam..aku ingat betol2 la die pandai masak..sebab die kata die sudi buatkan untuk aku..Malam tu..seperti yang dijanjikan aku ngadap laptop sambil tunggu die masakkan untuk aku..amik ko..die rebus mee..then die gaul dengan KICAP!gaul okey!!kicap dalam botol tu+ gaul dengan mee..boleh bayangkan rasanya tak?dan die dengan yakin hidangkan untuk aku..nasib baik kecurigaan aku pada teknik memasak die tinggi..aku tak terus sumbat dalam mulut..aku amik sehelai mee je dulu..aku rasa..jennnnnng!puuuiihh!hancus mee kicap aku harapan aku..!haha..so sampai skang..kalau cakap mee kicap..die pon akan gelak.

Kesengalan kawan aku ney..bukan hanya disitu jer..banyak lagi..seperti tido malam..then tetibe bangun tengah malam..pakai bedak pastu tido balik???!korang penah buat?haha..die selalu buat.aku banyak kali nampak dan tegur perangai die.katanya lepas pakai bedak rasa sejuk jer tido???haa?haha!

Walaupun die ney banyak gler tahap kesengalan..tapi die dengan lili adalah tukang backup paling baik yang penah aku kenal.die akan backup korang gler-gler walaupun die taw korang salah!haha..;) terbaik

4)Lily.(bangi)
Yang ney lain pulak ceritanya.aku kenal die ney sebab die sekelas dengan aku dan kawan rapat kepada cely..cely panggil die kak long..aku tetap panggil die lily lah ;)Lily ney pon okey orangnya..jenis pantang dicabar dan agak keras kepala skit.walaupun die macam tu..adakalanya die mampu jadi sahabat yang baik untuk aku.

Lily ney punyai kemahiran menyanyi.di mana sahaja die mampu menyanyi..di tepi jalan ke..tepi bas stop ke..di mana sahaja..perangai ske menyanyi die tu sama jer ngan adik die,cely..haha..aku penah teman lily g menyanyi kat danau kota..tak kiralah kat cafe  atau pon live band kat sana..yang open punya..hebattt!

5)Bunny (Kuantan)

Bhavani Ramalingam* haha..aku mampu taip nama die tanpa salah taw.padahal da lama tak duduk serumah*
 yang ney kawan seumah aku..dari waizuri dan di ss10.ramai orang pelik ble aku boleh duduk seumah dengan die..sebab die kan berlainan bangsa dengan aku.xda apa la..die okey..sangat pembersih.

Yang menariknya tentang bunny ney..aku jarang sangat-sangat-sangat tengok die makan benda lain selain biskut dan air susu dan nescafe.die boleh diibaratkan kawan baik dengan dua jenis makanan tu.tak kira siang atau malam..itulah menunya;) kalau die beli kuih pon boleh kire dengan jari.

Sepanjang aku kenal die..aku rasa die berjaya membuatkan aku paham ble dengar radio tamil!!haha..mula2 aku bising jugak.." ape ney bunny..tukarlah siaran lain" *peeerghhh sedap aku nak kondem org..padahal radio bunny* bunny tak tukar pon..so aku dengar jer laa..sampaikan lagu tamil pon aku hafal..siap boleh nyanyi....amacam menarik kan?adik aku penah terkejut dengan aku..ble aku secara tiba-tiba menyanyi lagu tamil kat pasarya..kebetulan pasaraya tu bukak lagu tamil yang aku selalu dengar..haha..

6) Yana(kajang)
Yang ini..aku penah buat enty pasal die..semuanya ada disitu ;)
http://awanamanemisa.blogspot.com/2010/07/yanakawan-aku.html

7)Mumy!!(kelantan)

Ooohh!yang ney adalah sahabat terbaik.teman serumah terbaik.terbaik dari segi kesengalannya!namanya wan suzila..tapi budaq2 miim sume panggil die mumy..orgnya muda lagi..asal kelantan.orangnya baik dan sangat cerewet!sejak die muncul dalam hidup aku..aku rasa ceria jer..sebab die suka buat lawak.Badan kecik tapi nafsu makan besar..gemoknya tidak..muncit jer lebih..aku sayang die sangat.aku dah anggap die macam akak aku sendiri.macam2 pengalaman kami kongsi sama2 mase duduk menyewa dulu.die lah yang sering jadi penasihat kepada semua ketidakpuasan hati aku pada kawan2.aku tak mampu nak cerita lebih pasal mumy..sebab hanya kepada mereka yang kenal rapat dengan die jer tahu siapa die. ;)


















Thursday, December 13, 2012

Ooo Sahabatku:: edisi alam maya



Assalamualaikum!

Untuk entry kali ney aku rasa nak update sket pasal teman karib aku di alam maya=)
Aku ada ramai sangat kenalan di maya dan kebanyakan mereka menjadi teman rapat aku atau kata lainnya sahabat karib!Bukan teman biasa tetapi sahabat K.A.R.I.B! 

Permulaan aku melangkah ke alam maya adalah disebabkan pertukaran kelas sewaktu ditingkatan empat.Waktu tu aku dimasukkan ke kelas Sains Teknologi(ST)..dalam kelas tu ada 2 bahagian...samaada kejuteraan komputer atau lukisan kejurutaraan erm..aku tak ingat..

Aku pernah memohon untuk memasuki teknik dan aku berjaya.Sekiranya aku memilih untuk ke SMK Teknik,aku akan diserapkan ke kelas Kejuruteraan..dan kalau aku stay kat sekolah lama ..aku akan masuk ke kelas yang sama jugak.jadinya aku pilih untuk tidak berpindah.

Jadinya, bermula dari detik itu aku mula mengetahui apa itu email..friendster..ym..irc..dan sebagainya..agak lawak juga pada mulanya sebab aku ney kosong..memang satu pon tak taw pasal komputer dan internet ney...mujur kawan baik aku,Mai yang sabar membantu ;)

Sepanjang tempoh aku berada di alam maya ney..ada beberapa org yang sehingga kini menjadi teman rapatku.mari aku perkenalkan ;)

1) Apis @Renji
 Mamat ney aku dah kenal lama..kalau tak silap dalam 2008..bermula di Ym..borak punya borak tak sangka satu kepala dan meminati anime yang sama iaitu death note!haha;D boleh dikatakan setiap kali on ym..die akan jadi teman rapat aku untuk bercakap pasal assgment..umah sewa..kawan2 dan macam2 lagi..aku memang sendiri-sendiri anggap diri aku sebagai adik die..

Apis ney best..kepala die gler-gler..sepanjang aku berkawan dengan die..aku tak pernah tahu status die samaada dah kawen atau belum..penah tanya..tapi die xmo gtaw..cett!Apis dah kawen dah yang dalam gambar tu wife dengan anak die, rayyan..comelkan!

Aku pernah borak ngan wife die baru-baru ney..orgnya baik..memang sepadan sangat ngan apis..
Kalau korang nak taw..aku tak penah sekali pun jumpa die ney..sekali pun tak penah..pernahlah satu hari, aku pegi Aeon jusco setiawangsa..check in kat fb..ble otw balik..tetibe baru perasan mamat ney sms katanya die ada kat sana jugak..hiks..mungkin belom nak dipertemukan..yang penting..mamat ney siang2 dah bagitaw..aku kawen kene jemput die..hoi mestilah!!


2)Mohd Razi Rahman @Herrie



Yang ini aku panggil Herrie..aku pon dah tak ingat da macam mana aku leh kenal die..kenal dalam tahun 2007 rasanya..sangat-sangat rapat dengan aku..nak kata satu kepala tak jugak..sebab kiterounk slaloo jer gaduh menda kecik-kecik ney..

penah jumpa banyak kali mase aku duduk umah sewa dulu.bagi aku die ney okeyyy.Satu perkara kenapa aku suka kawan dengan die..sebab die sombong.sangat sombong.sampai skang pon sombong jugak sebenarnya.haha;D


3)Payjal Kacho






Haaa..Yang ini namanya payjal..antara kawan aku yang paling hot dan popular skali.aku kenal die sangat2 lama..lagi lama dari mamat dua ketol di atas..die budaq serawak..tak silap aku die seorang cekgu..hai..comelnya!dulu kami slaloo chatting kat myspace..pastu aku tinggalkan myspace..tak sangka jumpa die kat FB..ramai gler gurls yang dok pm2 die..aku mula2 pon takut gak nak pm..kowt2 die tak kenal..tapi alhamdulillah die masih kenal..weeee..tapi kat fb die tak aktif sangat..ai ai..sejak aku kenal.sampai skang masalah utama die yang tak abes2 adalah gambar..kalau nak taw die ney kaki gambar..macam2 gambar la die amik..dan ada plak yang ske copy paste gambar die dan kata itu gambar mereka..hmm...


4) Afiqah Rahmat@fiki




 Yang manis ini namanya fiki ;) orangnya sangat cantik dan manis.aku kenal die dari seorang kawan istimewa atau ex iaitu Daniel Shahredzuan.Perkenalan yang sangat singkat hanya dengan satu panggilan telefon dan juga berbalas komen di Myspace dan juga Fb..Aku tak penah jumpa die..tapi aku rasa happy sangat dapat kenal die..orangnya sangat baik..walaupun sekarang aku dah jarang borak ngan die..tapi die sentiasa ada dalam FB aku..


Pendek kata, bagaimanapun rupa kita..siapapon kita...kalau niat di hati kene baik..insya allah persahabatan itu pasti akan berkekalan..dan kepada korang di atas..terima kasih sebab jadi kawan aku ;)

Wednesday, December 12, 2012

terbaru dari mereka,sahabatku

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya update blog aku ney..kemas sikit sana sini..mana yang berhabuk aku buangkan..lap-lap sikit..kasi berkilat..ape taknya..lebih setahun aku tinggalkan macam tu jer..

Untuk entry kali ney..aku mau kasi update sket pasal kawan-kawan karib aku..;)korang taw tak yang aku ada 3 kawan baik?kawan yang sangat baik..kami kenal dari kecik..macam-macam benda kami share sepanjang perjalanan dewasa..manis pahit sume kami telan sama-sama..




Yang ini namanya Amalina..aku panggil lina jer..kawan baik aku sejak umo 4 tahun..rasanya sebelum ney aku penah update pasal die..;) die sekarang masih amik masters di UITM Shah Alam..lama dah tak jumpa..kalau jumpa mesti xingat balik umah..penuh jer program kami..untuk makluman hati lina skang sedang berbunga mekar..haha..tak taw la dah bercinta ke belum..tapi katanya sedang mengenal hati budi..hiks..Alhamdulillah, mamat yang kali ney katanya ada ciri-ciri lelaki 'I.D.A.M.A.N'!! hahaha..apepon selamat berjaya la na yer..;D




Ini pula Farah Nadia..aku panggil yaya..kami dulu sama kelas tadika..kebetulan duduk setaman tu yang rapat beno..die pon akan sambung masters jugak Feb depan..skang die busy bisnes herbalife..nama jer ada kat Melaka.tapi jarang sangat jumpa..dalam group kami die ney yang paling hot..sebab orgnya peramah..mesra sangat.. ;) cuma sampai skang belum ada boypren..hehe...setahu aku calonnya ramai...tahun depan lerr ney jawapnya.!!





dan yang terakhir..Mai..;) Alhamdullillah..mai dah bertunang 2 Disember ritu..aku tak taw..cuma nampak dari fb jer..xpela..asalkan die bahagia..apepon..mai penah kenalkan aku dan yaya dengan tunang die tu mase raya tahun lepas..tak sangka masin mulut aku dan yaya..akhirnya mai bertunang jugak dengan budaq tu.. ;)teringat kenangan lalu dimana mai kipnap kami naik kete kancil ayah die ke negeri sembilan..;') owh lupa nak gtaw..mai keje kat kl skang..jadi jarang jumpa..sebenarnya aku rindu sangat dengan die ney..da lama tak jumpa..lama sangat..;')

Hmmmm tu jer la yang aku boleh update takat ney..nak ke tandas pon tak sempat sebab nak cepat update entry..dah la aku sorang2 kat opis ney..kunci pon xda..takut jer kalau2 sume staff dah balik..naya la jawabnya..;d